Selamat Datang Bossku

LANGKAWI 1 Feb–Mantan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di sambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom dan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Dato’ Nawawi Ahmad bersama rakyat setibanya di Langkawi di sini hari ini.

» Read more

Sultan Abdullah Lafaz Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-16

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Baginda berdua dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja […]

» Read more

Tumpat Perlu Pelabuhan, ECRL Keluar Daripada Kemiskinan

KOTA BHARU 29 Jan. – Jajahan Tumpat yang dikatakan antara kawasan termiskin di negara ini mampu dimajukan jika sebuah pelabuhan dapat diwujudkan di situ. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pembinaan pelabuhan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan hanya Kementerian Pengangkutan boleh meluluskan perkara itu. Kata beliau, permohonan untuk pembinaan pelabuhan tersebut telah beberapa kali […]

» Read more

Sudah Tewas PRK, ‘Move On’ Sajalah…Tak Perlu Ada-adakan Cerita

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Pihak tertentu di negara ini tidak perlu mengada-adakan cerita kononnya UMNO dan PAS menganjur perang saraf dengan memainkan sentimen perkauman dan keagamaan untuk meraih sokongan rakyat, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob. Katanya, pihak berkenaan bukan hanya mengambarkan daya intelektual yang rendah, malah mereka seolah merelakan diri untuk menjadi alat propaganda parti politik […]

» Read more

Jutaan Terima Kasih Dari Naib Presiden

JELAI 25 HB Jan—Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid merakamkan jutaan terima kasih kepada penduduk setempat warga Kedah yang menyokong dan membantu dalam usaha memastikan kemenangan calon BN, Ramli Mohd Nor  sebaik selesai berucap di Program Ramah Mesra Bersama Orang- orang Kedah di rumah Hj.Ismail Ali,Pengerusi Tetap UMNO Bahagian  Di PDM Sg. Koyan 2 dan 3 hari ini.- Foto: […]

» Read more

Sultan Abdullah Dimasyhur Sebagai Sultan Pahang

PEKAN, 15 Jan – Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang VI, menggantikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah. Pemasyhuran yang penuh adat istiadat diraja di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Bandar Diraja ini diumumkan oleh Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, yang membacakan Pengisyitiharan Pelantikan Raja di bawah Perkara 9A Undang-undang Tubuh […]

» Read more

Pampasan Tol: Dulu Marah, Sekarang ‘Copy-Paste’ – Najib

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutama dari pimpinan parti Dap yang dahulunya begitu lantang apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) membayar pampasan kepada pengendali konsesi sekiranya tol tidak dinaikkan, tetapi kini melakukan perkara yang sama atau bahasa mudahnya, ‘copy-paste’. Menerusi entri terbaharu di Facebooknya, Najib berkata Dap […]

» Read more

Hadir Beri Penghormatan

KUALA KEDAH 19 Dis –Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 yang meninggal dunia setelah 21 hari bertarung nyawa akibat cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu, Allahyarham Muhammad Adib pergi bertemu ilahi dan diratapi seluruh negara.

» Read more
1 155 156 157 158 159 160