Petisyen Pilihan Raya Rantau: Rayuan Mohamad Didengar 18 Feb

PUTRAJAYA, 13 Dis – Mahkamah Persekutuan menetapkan 18 Feb tahun depan untuk mendengar rayuan terhadap keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan keputusan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum ke-14 sebagai tidak sah dan terbatal serta memerintahkan supaya pilihan raya kecil diadakan segera. Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, mewakili calon PKR Dr S. […]

» Read more

Mohamad Tidak Gentar Hadapi PRK Rantau

SEREMBAN 4 Dis. – Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau tidak gentar menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kerana yakin pengundi bakal membuat pilihan rasional dan terbaik. Timbalan Presiden UMNO itu berkata, malah pada awalnya beliau bercadang untuk tidak merayu keputusan mahkamah baru-baru ini yang membatalkan kemenangan tanpa bertandingnya di kerusi itu dalam Pilihan Raya […]

» Read more

Mohamad Merayu Keputusan DUN Rantau

SEREMBAN 29 Nov. – Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Seremban yang mengisytiharkan keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau terbatal dan tidak sah. Timbalan Presiden UMNO itu berkata, rayuan itu difailkan pagi tadi di Mahkamah Persekutuan iaitu sebelum tempoh memfailkan notis rayuan selama 14 hari berakhir petang ini. “Keputusan untuk merayu […]

» Read more

Prihatin Masalah Penduduk

Negeri Sembilan, 22hb November—Timbalan Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Rembau Datuk Seri Mohammad Hasan mendengar penerangan dari pegawai bomba yang bertugas ketika meninjau kawasan kompleks Islam dan Masjid Imam Kahar di Bandar Ekar Rantau yg telah dilanda banjir kilat hari ini.- MediaUMNO

» Read more

Rumah Terbuka Depavali

Negeri Sembilan, 22hb November—Timbalan Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Rembau Datuk Seri Mohammad Hasan disambut penduduk Taman Intan Seliau,Rantau ketika hadir di Majlis Sambutan Rumah Terbuka Depavali anjuran Persatuan Kebajikan Kg Baru Saga malam tadi.- MediaUMNO

» Read more

Tok Mat Ikrar Usaha Sehabis Mungkin Pertahan DUN Rantau

KUANTAN, 17 Nov – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berikrar akan berusaha sehabisnya dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan. Mohamad yang menyandang kerusi itu sejak tahun 2004 menambah  ia termasuk jika perlu berdepan bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang dikatakan antara nama yang dipertimbangkan Pakatan Harapan untuk bertanding pada pilihan raya […]

» Read more

PRK Serta Merta Di DUN Rantau – Kemenangan Mohamad Hasan Tidak Sah, Terbatal

SEREMBAN, 16 Nov-  Mahkamah Khas Pilihan Raya pada Jumaat memutuskan kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau adalah tidak sah dan terbatal. Hakim Datuk Azimah Omar membuat keputusan itu di sini pagi Jumaat selepas berpuas hati dengan hujah barisan peguam pempetisyen Dr S. Streram dan peguam responden, yang berlangsung selama […]

» Read more
1 154 155 156 157 158 159