Naratif Politik Wanita : Perjuangan Dan Cabaran Semasa

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Pembabitan wanita dalam arena politik amat besar kerana wanita menyumbang 60 peratus perayu undi yang mampu mengubah landskap dalam menentukan pembentukan kepemimpinan negara ini. Landskap politik di Malaysia menunjukkan wanita semakin diterima dan diberi peluang sama rata sama ada sebagai perayu undi dan calon wakil rakyat dalam pilihan raya. Setiap tahun jumlah wanita yang terbabit […]

» Read more

Ketua UMNO Bahagian Sepanggar Antara Lima Individu Angkat Sumpah Sebagai Senator

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Ketua UMNO Bahagian Sepanggar Datuk Yakubah Khan antara lima individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, hari ini. Selain Yakubah, turut mengangkat sumpah jawatan adalah Setiausaha Kehormat Pergerakan Wanita PBB Sarawak Susan Chemerai Anding; Timbalan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak Rita Sarimah Patrick Insol dan Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Bawang […]

» Read more

UMNO Sabah Sedia Hadapi Pilihan Raya Bila-bila Masa – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 20 Jun – UMNO Sabah bersedia untuk menghadapi pilihan raya sekiranya ia diadakan secara mengejut pada bila-bila masa, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata UMNO Sabah memandang serius laporan media mengenai kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan merancang mengadakan pilihan raya mengejut pada suku pertama tahun 2021. “Saya […]

» Read more

Berhadapan Dengan Suasana Politik Terlalu Dinamik, UMNO Perlu Kukuhkan Posisi – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata UMNO perlu memperkukuhkan posisi kekuatannya bagi berhadapan dengan suasana politik yang terlalu dinamik sekarang ini. Ini katanya berikutan banyak perubahan-perubahan yang mendadak dalam politik negara pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. “Perubahan-perubahan yang tidak kita jangkakan bagaimana pertukaran sebuah kerajaan daripada Pakatan […]

» Read more

Berilah Kepercayaan Kepada UMNO, Tekad Untuk Terus Bela Rakyat – Noh

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar menyeru semua pihak khususnya ahli-ahli UMNO agar memberikan kepercayaan kepada parti untuk terus menjadi pembela rakyat. Katanya, kekalahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu memberikan banyak hikmah dan kini UMNO bergerak berdasarkan perubahan yang telah dilaksana. “Banyak perubahan yang telah kita lakukan dan kami […]

» Read more

Pelbagai Krisis, Cabaran Ditempuhi… UMNO Sabah Tetap Kukuh – Bung Moktar

KUALA LUMPUR, 13 Mei  – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata UMNO negeri telah melalui pelbagai krisis, dugaan, cabaran dan rintangan. Katanya, cabaran dan rintangan itu yang membuatkan UMNO Sabah semakin kuat dan kukuh serta hala tuju yang cukup jelas untuk menyakinkan rakyat. “UMNO Sabah telah melalui berbagai-bagai krisis, dugaan,  cabaran, rintangan dan juga halangan… lebih-lebih lagi […]

» Read more

Barisan Hadapan Terus Dihargai, Terima Anugerah Hari UMNO – SUA

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Sempena sambutan ulang tahun ke-74, UMNO hari ini menyampaikan Anugerah Hari UMNO kepada petugas Barisan Hadapan sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka yang bekerja tanpa henti menyabung nyawa di dalam memerangi wabak COVID-19. Ujar Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, anugerah tersebut telah disampaikan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Timbalan Ketua […]

» Read more

UMNO 74 Tahun: Terima Kasih Presiden UMNO Kerana Berjiwa Besar – Noraini

KUALA LUMPUR, 10 Mei – “Saya nak ucapkan terima kasih kepada Presiden parti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah mencalonkan kami memegang jawatan dalam kerajaan hari ini. Saya kira, jiwa Presiden UMNO cukup besar, beliau presiden parti kepada satu parti Melayu yang terbesar tapi beliau sanggup mengenepikan diri sendiri dan memberi laluan kepada kami,” ujar Ketua Wanita UMNO […]

» Read more

UMNO Cepat Sesuaikan Diri Hadapi Cabaran Yang Cukup Besar Dan Sukar

KUALA LUMPUR, 8 May – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi melahirkan penghargaan dan menyanjung tinggi ahli-ahli UMNO dan juga pendukung-pendukung yang masih setia bersama parti berkenaan. Ini jelas terbukti katanya apabila UMNO berjaya mengharungi cabaran-cabaran yang cukup mendebarkan malah kini parti tersebut terus mara kehadapan dan hala tujunya semakin jelas bagi seluruh masyarakat di […]

» Read more
1 128 129 130 131 132 314