Memang Amat Wajar Projek HSR Dengan Singapura Diteruskan – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan perbincangan mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura HSR dihidupkan semula dan disambut baik oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa memang amat wajar projek HSR dengan Singapura diteruskan. Ini kerana […]

» Read more

Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Terus Diberi Keutamaan – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera terus diberi keutamaan oleh kerajaan melalui penyediaan pelbagai pakej rangsangan dan pelan pemulihan bagi membantu mereka bertahan dan berdaya saing dalam norma baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ini bagi memastikan usahawan Bumiputera mampu menempa kejayaan sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara. Pembentangan Bajet 2022 bertemakan […]

» Read more

Kerajaan Negeri Selangor Tidak Boleh Terlalu Ghairah Berbelanja, Utamakan Urus Aset – Rizam

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Rizam Ismail menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak boleh terlalu ghairah dalam berbelanja kepada sesuatu yang belum pasti untung ruginya. Sebaliknya tegas beliau, ia harus melihat kepada spektrum yang lebih besar dengan mengurus selia aset sedia ada untuk dijadikan nilai tambah kepada hasil Kerajaan Negeri. “Saya menitik […]

» Read more

Tiada Saksi Beri Keterangan Mereka Beri Suapan Kepada Ahmad Zahid – Peguam

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa tidak seorang pun saksi memberi keterangan bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah diberikan suapan atau terdapat unsur rasuah dalam pembayaran membabitkan Yayasan Akalbudi, yayasan kebajikan yang diasaskan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ahmad Zahid, berkata saksi pendakwaan […]

» Read more

Shahril Hamdan Turun Lapangan Kumpul Dapatan Demi Bantu Koordinasi Stabilkan Harga

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Rentetan daripada keluhannorang ramai berkaitan kenaikan harga barang, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan turun padang pagi tadi bersama pasukan penguatkuasa KPDNHEP WPKL di Pasar Keramat. Tindakan tersebut dilaksana bagi memantau harga barang makanan seperti ayam, telur, dan sayur-sayuran. Katanya, tidak boleh dinafikan, harga barang ada kenaikan walaupun tak sekata, terutamanya apabila kos yang ditanggung oleh […]

» Read more

Tahniah Akar Umbi Parti Jayakan Persidangan UMNO Cawangan – Sharkar

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin hari ini melahirkan penghargaan kepada seluruh cawangan UMNO yang telah selesai mengadakan persidangan tahunan masing-masing. Pada masa yang sama beliau yang juga Ketua UMNO bahagian Temerloh turut mengucapkan tahniah kepada seluruh cawangan di dalam UMNO bahagian Temerloh yang telah selesai mengadakan persidangan mereka. “Tahniah […]

» Read more

SUA UMNO Tekankan Kemahiran, Pendapatan, Kebajikan Pekerja Ditingkatkan

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menekankan bahawa kemahiran, pendapatan serta kebajikan perkerja mesti sentiasa ditingkatkan. Ini kerana katanya, negara berdepan dengan keperluan mendesak agar kemahiran pekerja ditingkatkan. “Keperluan mendesak agar kemahiran ditingkatkan oleh majikan dan kerajaan berusaha agar pekerja berpendapatan tinggi. “Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga mesti tingkatkan kemahiran diri,” katanya. […]

» Read more

Puteri UMNO Tawau Tekad Terus Semarakkan Perjuangan Parti Demi Agama, Bangsa, Negara

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Suasana politik tempatan termasuklah pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini menjadi pemangkin semangat perjuangan Puteri UMNO Bahagian Tawau untuk terus tekad dalam berjuang mendukung cita-cita kebangsaan demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara. Ketuanya, Julisah Mohamad Isah berkata ahli-ahli Puteri UMNO di Bahagian Tawau terus bersemangat menyemarakkan perjuangan UMNO termasuklah melaksanakan […]

» Read more

Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 Usaha Kembalikan Impian Asal Perpaduan – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 adalah usaha untuk mengembalikan semula impian asal mengenai perpaduan yang tersurat dalam lima prinsip Rukun Negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata Rukun Negara merupakan dokumen asas tatacara kehidupan bermasyarakat warga Malaysia yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 bertujuan membina perpaduan yang kukuh dalam kalangan […]

» Read more

GRS Daftar Entiti Politik : UMNO Sabah Teliti Sebelum Buat Keputusan – Bung

KOTA KINABALU,28 Nov –  UMNO Sabah tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam membuat keputusan untuk mendaftarkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai entiti politik rasmi. Bagaimana pun menurut Ketuanya Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin, UMNO Sabah sedia berbincang berhubung cadangan tersebut. Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah berkata, cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Salleh Said Keruak, supaya […]

» Read more
1 681 682 683 684 685 1,596