Keputusan Tidak Rasmi PRN Johor: BN Peroleh Dua Pertiga Majoriti

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Barisan Nasional (BN) berjaya meraih mandat besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini apabila berjaya memenangi 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 yang dipertandingkan, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat pukul 10.56 malam ini. BN berjaya meraih dua pertiga majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang amat kukuh. DUN Johor yang dibubarkan pada 22 […]

» Read more

Keputusan Tidak Rasmi: BN Menang Dengan Majoriti Besar

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Barisan Nasional (BN) mendapat mandat membentuk kerajaan Negeri Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini. Berdasarkan kepada keputusan tidak rasmi, Barisan Nasional (BN) telah memenangi 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini. Hal ini diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan secara tidak […]

» Read more

PRN Johor Cerminan PRU-15, Gambaran Komitmen, Iltizam BN – Zahid

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata apapun keputusan yang dicapai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung hari ini adalah cerminan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang. Mudah-mudahan katanya, keputusan PRN ini akan memberikan gambaran kepada komitemen dan iltizam seluruh jentera, para pemimpin dan ahli-ahli UMNO di […]

» Read more

Jangan Teragak-agak Tunai Hak Mengundi- Shahril

PASIR GUDANG, 12 Mac – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan menyeru pengundi di Johor untuk menunaikan tanggungjawab sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung hari ini. Katanya, pengundi terutama golongan muda tidak perlu ragu-ragu untuk keluar mengundi kerana ini merupakan sebahagian hak sebagai warganegara Malaysia. “Seruan saya kepada rakyat Johor di mana sahaja anda berada terutama pada pengundi pertama […]

» Read more

Ismail Sabri Seru Pengundi Buat Pilihan Demi Kestabilan Masa Depan, Generasi Akan Datang

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perutusan ringkasnya di Facebook mengucapkan selamat mengundi buat rakyat Johor di Pilihan Raya Negeri (PRN) pada hari ini. “Selamat mengundi buat rakyat Johor di PRN Johor. “Buatlah pilihan demi kestabilan masa depan dan generasi kita,” kata Naib Presiden UMNO itu. Manakala menurut laporan dari Bernama, Ismail Sabri […]

» Read more

Keluarlah Mengundi, Hari Penentu Pastikan Ikhtiar BN Dilaksana – Ahmad Zahid

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru rakyat Johor untuk keluar mengundi dan melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan Ikhtiar BN dapat dilaksana. Ujarnya, sebagaimana hari pengundian maka ia adalah makna bagi menentukan Ikhtiar BN dapat dijayakan bagi kestabilan masa depan. “Jangan ketinggalan mengikuti kawan-kawan yang lain yang telah keluar mengundi, maka inilah […]

» Read more

Tok Mat Seru Keluarlah Mengundi, Pilih Parti Yang Penuh Tanggungjawab

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru para pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk keluar mengundi hari ini bagi memastikan mandat dapat dikembalikan kepada kerajaan yang bertanggungjawab. Katanya, sebagaimana hasrat Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang memulangkan mandat kepada rakyat maka hari ini adalah masa rakyat menyambutnya bagi memilih mereka […]

» Read more

“Undi Anda Adalah Masa Depan Kita” – Hasni

JOHOR BAHRU, 12 Mac – “Undi anda adalah masa depan kita.” Demikian kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Johor Datuk Hasni Mohammad kepada rakyat negeri itu yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini. Hasni juga menasihati semua pengundi agar menjaga prosedur operasi standard (SOP), kesihatan dan keselamatan diri ketika megundi. “Kepada rakyat Johor yang […]

» Read more

SOP Hari Mengundi PRN Johor Dilaksanakan Dengan Baik – Hishammuddin

KLUANG, 12 Mac – Prosedur operasi standard (SOP) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor khususnya pada hari mengundi setakat ini dilaporkan dilaksanakan dengan baik, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sangat tegas terhadap SOP yang ditetapkan dalam mengawal penularan COVID-19. “SOP setakat hari ini ok…mereka (petugas SPR) lebih peka dan […]

» Read more

Jangan Sia-siakan Undi… Kestabilan Politik Beri Manfaat Pada Rakyat – Najmil

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukan sahaja penting untuk kestabilan politik negeri, malah ianya akan memberi impak kepada negara. Sehubungan itu, Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris, menyeru kepada semua pengundi di negeri Johor agar jangan sia-siakan undi. “Undi Barisan Nasional (BN) demi masa depan kita semua. Sejak BN hilang kuasa, […]

» Read more
1 660 661 662 663 664 1,649