Hormati Agenda Dibawa Kerajaan Sempena Hari Kebangsaan

SHAH ALAM, 21 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar menghormati apa juga agenda yang dibawa kerajaan dan tidak mempolitikkan Hari Kebangsaan. Justeru, beliau berkata agenda dan tema Hari Kebangsaan tahun ini seharusnya diterima oleh semua lapisan masyarakat. “Kita mahu semua bangsa, agama, dan latar belakang berbeza harus menghormati dan tidak mempolitikkan […]

» Read more

TPM Zahid Bantu Penunggang Motosikal Kemalangan Jalan Raya

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur untuk segera mendapatkan rawatan. Menerusi perkongsiannya di Twitter rasminya, kejadian tersebut berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang setelah menghadiri Majlis Pecah Tanah Bangunan MIC. “Saya secara kebetulan melihat berlakunya kemalangan yang […]

» Read more

Mohd Zaidy Tekad Berkhidmat Sebaik-baiknya, Bawa Jeram Padang Seiring Kerajaan Pusat

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menzahirkan penghargaan kepada rakyat Jeram Padang yang amat dekat dengannya setelah diberikan mandat dan kepercayaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. Ini kerana katanya, rakyat di kawasan ini sudah dapat menerima Kerajaan Perpaduan yang berusaha memastikan kestabilan politik di tahap selesa. “Terima kasih […]

» Read more

Dana RM10 Juta Yayasan Akalbudi Kepada Armada Holdings Untuk Pelaburan – Datuk K

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pemberian dana RM10 juta oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui Yayasan Akalbudi (YAB) kepada Armada Holdings Sdn Bhd untuk membida tender sebagai syarikat pembekal arang batu kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi tujuan pelaburan. Ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai […]

» Read more

UMNO Kumpul Dapatan Pascanilai PRN

BANGI, 21 Ogos – UMNO sedang mengumpul kesemua dapatan daripada pascanilai bagi mengenal pasti kelemahan yang menyumbang kepada kekalahan kerusi ditandingi parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri 12 Ogos lepas. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata buat masa ini, pascanilai sedang dilaksanakan di peringkat negeri dan sayap parti itu. “Saya percaya setiap negeri dan […]

» Read more

Kes Mahkamah Zahid: Datuk K Nyatakan Tindakan Beri Wang Untuk Tujuan Pelaburan

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Hari ini di dalam kes pendakwaan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi telah bersambung dan Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa juga dikenali sebagai ‘Datuk K’ telah hadir di Mahkamah Kuala Lumpur untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi kes yang dihadapi oleh Zahid. Di dalam keterangan tersebut, Datuk K telah […]

» Read more

Logo, Tema Hari Kebangsaan: Baca Sejarah Dan Perlembagaan, Hormat Semangat Persekutuan – Imran

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin menempelak tindakan Pemuda Perikatan Nasional (PN) yang mencadangkan negeri di bawah parti itu untuk menggunakan logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan 2023 berbeza dengan Persekutuan. Katanya tindakan ini boleh memecahbelahkan keharmonian dalam kalangan rakyat dan suatu kesilapan yang tidak bertanggungjawab oleh negeri-negeri yang berada dalam […]

» Read more

Speaker Pahang Serah Notis Kekosongan Dun Pelangai Kepada SPR

KUANTAN, 21 Ogos – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin hari ini menyerahkan notis perisytiharan kekosongan kerusi DUN Pelangai kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun. Notis itu diserahkan kepada Pengarah SPR Pahang Datuk Zamree Hamli di Wisma Sri Pahang, di sini pada 11.20 pagi. Zamree ketika bercakap kepada pemberita […]

» Read more

Kukuhkan Kembali UMNO, Trek Rekod Angkat Ekonomi Dan Sosial Melayu-Islam – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Seri Abd Rahman Dahlan percaya penolakan yang dilakukan rakyat pada UMNO menerusi pilihan raya lalu hanya bersifat sementara. Jelas beliau, UMNO akan kembali menjadi pilihan rakyat khususnya orang Melayu pada masa akan datang berdasarkan trek rekod parti ini melalui pembinaan institusi-institusi suatu ketika dahulu yang masih kekal relevan sehingga kini […]

» Read more

Tidak Adil Salahkan Presiden, Sama-sama Bertanggungjawab Untuk UMNO – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 21 Ogos – Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menganggap desakan untuk Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan berikutan prestasi UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak adil. Seharusnya tegas Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, semua kepimpinan parti perlu sama-sama bertanggungjawab. Bagi […]

» Read more
1 650 651 652 653 654 2,055