Puteri UMNO Santuni Orang Sabah, Sampaikan Bakul Makanan

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berbesar hati ke Sabah bagi menyantuni rakyat di negeri berkenaan. Kunjungan tersebut diketuai Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi bersama kepimpinan tertinggi Puteri UMNO Malaysia yang memanfaatkan kehadiran ke negeri itu dengan melakukan kunjungan ke beberapa bahagian. Antara bahagian yang dilawati iaitu Kota Belud, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu dan Kalabakan. Kedatangan Puteri […]

» Read more

Tindakan Gelar ‘Tin Kosong’ Biadap, Isu Agama Dan Sensitiviti Masyarakat Harus Difahami

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Nasrun Nasaruddin, menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan yang menggelar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh sebagai ‘tin kosong’. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai biadap dan tidak wajar malah mencerminkan ketidakmatangan dalam berpolitik serta kurangnya kesediaan untuk berdebat secara beradab. “Kritikan yang disampaikan dengan menyebut Dr. […]

» Read more

Inisiatif Berterusan Turun Padang Lihat Secara Dekat Perkhidmatan Untuk Rakyat – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Dalam usaha melihat secara lebih dekat sistem perkhidmatan selain pelbagai kemudahan infra kesihatan untuk rakyat di Negeri Melaka, Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengambil inisiatif turun padang untuk melihat dengan lebih dekat perkembangan yang berlaku. Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau berkata usaha berkenaan merupakan salah satu inisiatif untuk melihat dan mendengar sendiri segala […]

» Read more

Titah Adendum: Langkah Tegas Perlu Diambil, Pulihkan Hak YDPA Dalam Perlembagaan – Veteran UMNO

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Veteran UMNO berpendapat bahawa satu langkah tegas perlu diambil untuk memulihkan kedudukan dan hak Yang di-Pertuan Agong (YDPA) seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan isu Titah Adendum mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pihak eksekutif dilihat telah gagal melaksanakan fungsi utama mereka dalam memelihara kuasa mutlak YDPA […]

» Read more

Syed Hussien Seru Umat Islam Sertai Semarak Subuh DUN Mahkota

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah mengajak umat Islam di kawasan sekitar untuk menyertai Semarak Subuh DUN Mahkota. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan ia akan diadakan di Masjid Jamek Kampung Tengah pada 17 Januari manakala di Surau Al-Istiqamah Kampung Tengah Dalam pada 18 […]

» Read more

KKDW Garis Empat Fokus Utama, Pacu Kemajuan Desa – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah menggariskan empat fokus utama untuk memacu kemajuan desa kata menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO berkata, KKDW telah melaksanakan penjenamaan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS). “Hasil pemukiman tahun lalu, KKDW telah […]

» Read more

UMNO Sabah Punya Autonomi Untuk Tentukan Hala Tuju Politik – Suhaimi

KUALA LUMPUR, 17 Jan – UMNO Sabah mempunyai autonomi tersendiri untuk melakar dan menentukan hala tuju politik mereka, kata Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir. Beliau yang juga Ahli Parlimen Libaran berkata, UMNO Pusat tidak pernah mencampuri hal ehwal UMNO Sabah untuk menentukan rakan gabungan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. “Saya merujuk kepada satu siaran oleh sebuah […]

» Read more

Kerajaan Pahang Akan Bangunkan Pusat Data AI

KUANTAN, 17 Jan – Kerajaan Pahang akan membangunkan Pusat Data Kecerdasan Buatan (AIDC) sebagai platform baharu perniagaan secara dalam talian berasaskan produk pertanian yang dijangka mula dilaksanakan pada Januari 2026. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata projek yang pertama di negeri Pantai Timur itu menyasarkan produk pertanian tempatan untuk pemasaran domestik dan global. “Projek menerusi Perbadanan Kemajuan […]

» Read more

Pas Guna Isu Titah Adendum Sebagai ‘Political Mileage’ – Mohd Imran

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Pas/Perikatan Nasional (PN) dilihat cuba untuk menggunakan isu Titah Adendum mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai ‘political mileage’. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, prosiding Mahkamah Rayuan yang berlaku pada 6 Januari lalu berkenaan Titah Adendum ternyata memberikan kelegaan kepada Datuk Seri Najib dan para penyokongnya. “Pada 6 […]

» Read more

Malaysia Syukur Gencatan Senjata Gaza, Komitmen Terhadap Palestin Terus Kukuh – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Malaysia menzahirkan rasa syukur atas pengumuman gencatan senjata antara Hamas dan Israel yang telah meragut puluhan ribu nyawa rakyat Palestin dan mencetuskan ketegangan yang berpanjangan di Asia Barat. Demikian kenyataan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan perkembangan terkini berkaitan isu terbabit. Ujarnya, gencatan senjata awal selama enam minggu ini, yang […]

» Read more
1 618 619 620 621 622 2,425