UMNO Beaufort Hargai Peranan KEMAS, Penting Bantu Majukan Rakyat

BEAUFORT, 15 Jun – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat menegaskan bahawa peranan kerajaan melalui pelbagai agensi amat penting dalam membantu rakyat sebagaimana yang diusahakan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Dalam hal ini, beliau melahirkan penghargaan atas usaha yang dilaksana khususnya kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi lantaran […]

» Read more

Masa Terbaik Skuad Sayang 3K Dan Wanita UMNO Kutip Dana Tabung Palestin 2.0

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Komandan Skuad Sayang 3K Kebangsaan, Hisham Suhaily Othman menzahirkan penghargaan kepada Ketua Pesuruhjaya Skuad Sayang 3K merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang melancarkan Tabung Palestin 2.0, semalam. Ini kerana katanya, selepas enam bulan berakhir kutipan pertama, Skuad Sayang 3K Kebangsaan terpanggil untuk buat kutipan semula memandangkan saudara kita di Palestin […]

» Read more

UMNO Kekal Jadi Sandaran Rakyat, Meski Dinamika Politik Berbeza – Azalina

KUALA PILAH, 14 Jun – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata parti ini terus menjadi sandaran rakyat meskipun negara berdepan dinamika politik berbeza. Menurut beliau, ini dapat dilihat apabila UMNO yang pernah menjadi pembangkang suatu ketika dahulu namun masih menjadi pilihan rakyat untuk mendapatkan bantuan. “Cuba bayangkan dulu masa kita jadi pembangkang, ketika kerajaan dipimpin oleh […]

» Read more

NGO Perlu Bincang Dengan Wisma Putra Sebelum Hantar Misi Ke Gaza

REMBAU, 14 Jun – Mana-mana pihak khususnya badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pasukan Perubatan Kecemasan (EMT) Mercy Malaysia diminta berunding terlebih dahulu dengan Wisma Putra sebelum menghantar sukarelawan untuk misi bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ia bagi menjamin tahap keselamatan mereka berikutan keadaan di negara berkenaan amat tidak menentu ketika ini sekali gus […]

» Read more

Ismarah Teruskan Khidmat Bakti Untuk Kota Marudu, Bersama Sertai Program Kemasyarakatan

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu, Datuk Ismarah Madcasar meneruskan politik khidmat bakti dengan rakyat melalui pelbagai penganjuran program-program kemasyarakatan. Terbaharu beliau berbesar hati bersama-sama meraikan Hari Potensi Kemas Peringkat Parlimen Kota Marudu yang diadakan Padang Pekan Kota Marudu. Ismarah pada perasmian dan ucapan program tersebut meluahkan harapan agar murid-murid ini diberikan nilai pendidikan yang baik […]

» Read more

Jelajah Penerangan UMNO Ke Kuala Pilah, Teruskan Gerak Kerja Rungkai Isu Semasa

KUALA PILAH, 14 Jun – Siri Jelajah Penerangan UMNO Malaysia meneruskan gerak kerjanya hari ini ke UMNO Bahagian Kuala Pilah. Bertempat di Dewan Orang Ramai Senaling di sini, Ketua Penerangan UMNO merangkap Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said mengambil tempat bagi mengupas berkaitan isu-isu semasa kepada khalayak. Terdahulu, program tersebut dilaksana tertib dengan dimulakan nyanyian lagu […]

» Read more

PRK Sungai Bakap: Wakil Kerajaan Perpaduan Calon Terbaik Untuk Rakyat – Rashidi

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Calon wakil Kerajaan Perpaduan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap adalah yang terbaik dan mempunyai hubungan baik dengan masyarakat. Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, Rashidi Zinol berkata, para jentera UMNO/Barisan Nasional (BN) sudah mula digerakkan untuk memastikan DUN Sungai Bakap kembali ke dakapan Kerajaan Perpaduan. “Calon yang terpilih ini […]

» Read more

Jelajah Penerangan UMNO Satu Momentum, Beri Suntikan Semangat – Ismail

KUALA KRAU, 14 Jun – Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau Datuk Seri Ismail Mohamed Said berkata siri jelajah yang digerakkan oleh Penerangan UMNO Malaysia turun ke peringkat Bahagian memberikan satu suntikan semangat kepada akar umbi. Ujarnya, ahli UMNO di peringkat Cawangan dan Bahagian amat memerlukan penjelasan dan fakta sesuatu isu sama ada berkaitan hal ehwal parti mahupun isu semasa negara […]

» Read more

Skuad Sayang 3K Lancar Tabung Palestin 2.0

  KUALA LUMPUR, 14 Jun – Skuad Sayang 3K Kebangsaan melancarkan Tabung Palestin 2.0 kepada rakyat Palestin sebagai tanda solidariti membantu mereka yang menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis. Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pihaknya menyasarkan RM500,000,00 sumbangan akan berjaya dikumpul. Menurutnya, sumbangan Tabung Palestin 2.0 akan diserahkan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan […]

» Read more

Terap Pemahaman Perlembagaan Dari Awal, Fahami Pembentukan Negara – Azhar

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Generasi muda perlu diberikan pendedahan awal untuk memahami perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad. Menurut beliau perkara tersebut boleh dilakukan dengan pelaksanaan subjek Perlembagaan Persekutuan di peringkat sekolah dan seterusnya di peringkat institusi pendidikan tinggi (IPT). “Saya cadangkan kepada pemerintah untuk diadakan tiga atau dua jam […]

» Read more
1 391 392 393 394 395 2,036