Pengerusi AMM Mohamad Tegaskan Sokongan Terhadap Agenda Hak Asasi ASEAN

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan semula kepentingan memperkukuh agenda hak asasi manusia ASEAN sebagai sebahagian daripada usaha integrasi serantau yang lebih luas. Dalam satu kenyataan, Mohamad berkata promosi dan perlindungan hak asasi manusia kekal menjadi elemen penting dalam pembinaan Komuniti ASEAN, dengan menekankan bahawa usaha itu perlu diterajui ASEAN dan dimiliki oleh ASEAN. […]

» Read more

Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Terkhilaf

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf secara terbuka susulan tularnya sebuah video yang memaparkan beliau mengungkapkan satu perumpamaan tentang malaikat dalam ucapannya baru-baru ini. Menurut Ahmad Zahid, kenyataan itu dibuat dalam suasana penuh emosi bagi menggambarkan tekanan dan cabaran yang dihadapinya selaku pemimpin utama parti, namun mengakui […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan: Sokongan Ahli, Akar Umbi Semakin Kembali Kepada UMNO – Saarani

GOPENG, 8 Julai – Sokongan ahli dan akar umbi UMNO dilihat semakin kembali kepada parti kerana mereka mula memahami bagaimana dan mengapa Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang lalu. Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, UMNO memerlukan kuasa untuk meneruskan agendanya dalam membantu rakyat. “Kita sudah melalui […]

» Read more

Semangat, Kesatuan Mampu Angkat Semula Martabat UMNO – Ibnu Rasyeed

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Semangat, kesatuan dan kerja berpasukan mampu untuk mengangkat semula martabat parti terutamanya dalam mengembalikan keyakinan generasi muda. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang, Ibnu Rasyeed Mat Isa berkata, UMNO jadi lebih kuat apabila ketiga-tiga sayap iaitu Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri berpadu tenaga. “UMNO kuat apabila tiga sayap saling berpadu tenaga. Wanita sebagai […]

» Read more

Kerajaan Teliti Bina Pagar Penghadang, Pasang Lampu Di Jalan Sungai Korok

JERLUN, 8 Julai – Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk membina pagar penghadang dan memasang lampu jalan di Jalan Sungai Korok, Jitra. Langkah ini diambil bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya selepas kejadian tragis yang meragut nyawa sebuah keluarga awal minggu lalu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menerima taklimat daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) […]

» Read more

Asas Perjuangan UMNO Demi Agama, Bangsa Dan Tanah Air Sentiasa Dipertahankan – Johari

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Asas perjuangan UMNO yang berteraskan agama, bangsa dan tanah air sentiasa dipertahankan meskipun strategi dan pendekatan berubah seiring zaman. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani berkata, perubahan landskap politik tanah air menyebabkan pembentukan kerajaan tanpa sebarang perkongsian kuasa bukan lagi satu realiti. “Saya berada di Negeri Sembilan untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jempol, […]

» Read more

Malaysia Sambut Baik Usaha AICHR Rangka Dua Deklarasi Utama Hak Asasi Manusia – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Malaysia menyambut baik usaha Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) yang merangka dua deklarasi utama bagi menangani kebimbangan mendesak berhubung isu hak asasi manusia. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dua dokumen itu ialah Deklarasi ASEAN mengenai Hak kepada Alam Sekitar yang Selamat, Bersih, Sihat dan Mampan serta Deklarasi mengenai Pemajuan […]

» Read more

Sabah Antara Negeri Rumah Termahal, Rakyat Perlukan Rumah Mampu Milik – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 8 Julai – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyuarakan kebimbangan terhadap harga rumah yang semakin tidak mampu milik di negeri Sabah, menjadikannya antara negeri yang mencatatkan harga rumah tertinggi di Malaysia. Menurut beliau, jumlah rumah mampu milik yang tersedia di negeri itu masih terlalu sedikit, sekali gus menjejaskan impian ramai rakyat Sabah terutamanya kakitangan kerajaan […]

» Read more

UMNO Perlu Politik Solusi, Legasi dan Moderasi Demi Perkukuh Parti – Norliza

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim menegaskan bahawa UMNO perlu memberi tumpuan kepada politik legasi, solusi dan moderasi sebagai pendekatan terbaik untuk mengukuhkan semula parti dan mengembalikan sokongan rakyat. Beliau berkata ini adalah selaras dengan saranan daripada Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu UMNO […]

» Read more

Pemuda UMNO Johor Teguh Bersama Presiden, Bawa Aspirasi Anak Muda Ke Dasar Negeri

JOHOR BAHRU, 8 Julai – Pemuda UMNO Johor menegaskan komitmen teguh mereka dalam mendukung kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam usaha membawa suara dan aspirasi anak muda ke pentas dasar negeri. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Ts Mohd Syes Mohamed berkata, fokus utama sayap pemuda parti adalah […]

» Read more
1 33 34 35 36 37 2,076