Umur Had 40 Tahun: Puteri UMNO Kedah Sambut Baik Keputusan Presiden – Nuraini

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah, Nuraini Yusoff menyambut baik keputusan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu membawa usul had umur sayap tersebut dinaikkan ke 40 tahun ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Ujarnya, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang telah melabuhkan tirainya pada 24 Ogos lalu banyak membincangkan mengenai usul-usul untuk […]

» Read more

BN Tunai Janji Di Nenggiri, Kemudahan Rakyat Dilaksanakan – Azmawi Fikri

KUALA LUMPUR, 2 Sept – Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mampu menarik nafas lega apabila mesin juruwang automatik (ATM) yang telah dicadangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani pada Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu telah direalisasikan untuk kemudahan mereka. Azmawi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan berkata hasrat Barisan Nasional […]

» Read more

Pasca-PAU 2024: Pembelaan Melayu-Islam Terus Jadi Inti Misi UMNO – Mu’izz

KUALA LUMPUR, 2 Sept – UMNO sentiasa komited terhadap prinsip pembelaan Melayu-Islam yang terus menjadi inti daripada misi parti, kata Ketua Penerangan UMNO Bahagian Segambut, Mu’izz Nasruddin. Jelasnya, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 menjadi titik tolak kepada para pemimpin dan ahli parti untuk memperbaharui strategi dalam usaha merelevankan UMNO. “PAU 2024 bukan sekadar persidangan tahunan biasa, tetapi ia adalah titik […]

» Read more

Bung Moktar Minta Rakyat Ingati, Insafi Perjuangan UMNO Raih Kemerdekaan, Tolak Sentimen Negatif

KOTA KINABALU, 2 Sept – Setiap tahun tarikh 31 Ogos akan ada sambutan Hari Kemerdekaan yang diraikan secara besar-besaran di seluruh negara maka ia sewajarnya menjadi ruang untuk rakyat dan ahli-ahli UMNO mengingati malah juga menginsafi sejarah perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan. Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sejarah kemerdekaan Malaysia adalah sebuah kisah kejayaan hasil daripada perjuangan […]

» Read more

Pembelaan Najib: UMNO Akan Terus Mara Bersandarkan Solidariti, Setiakawan

KUALA LUMPUR, 1 Sept – UMNO akan terus mara dan berusaha untuk memastikan agar mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapatkan pembelaan sewajarnya bersandarkan solidariti dan setiakawan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pihak lawan bimbang sekiranya rakyat dan ahli kembali memberi kepercayaan kepada UMNO dan para pemimpin parti. “Satu perkara yang dibimbangi […]

» Read more

BN Pertimbang Rayuan MyPPP Untuk Kembali Sebagai Komponen Teras – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Sept –Barisan Nasional (BN) dijangka akan membincangkan permohonan Parti Progresif Rakyat (MyPPP) untuk kembali sebagai salah satu komponen teras gabungan itu dalam politik tersebut. Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah ini dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat kepimpinan BN yang akan datang maka nasib dan masa depan MyPPP dalam gabungan politik tersebut akan ditentukan. Beliau […]

» Read more

Sambutan Kemerdekaan: UMNO Jadi Tunggak Pastikan Perpaduan Nasional Kekal Utuh – Nurul Aslina

KUALA LUMPUR, 1 Sept – Dalam meraikan sambutan kemerdekaan yang ke-67, UMNO terus menjadi tunggak memastikan perpaduan nasional kekal utuh, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Pahang, Nurul Aslina Saman. Ujarnya, para pemimpin dan ahli perlu terlibat aktif dalam sambutan Hari Kemerdekaan dan melibatkan generasi muda dalam aktiviti bagi menarik minat mereka terhadap semangat patriotik serta parti. “Pemimpin dan ahli […]

» Read more

31 Ogos… Hargai Sejarah UMNO Perjuangkan Kemerdekaan – Nuraini

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Ogos merupakan bulan yang tepat untuk seluruh ahli dan akar umbi menginsafi kembali sejarah perjuangan UMNO bagi mendapatkan kemerdekaan. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Kedah, Nuraini Yusoff berkata, ucapan dasar Presiden ketika Perhimpunan Agung (PAU) 2024 lalu ada menyentuh mengenai sejarah perjuangan parti yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan ini. “Dalam ucapan dasar Presiden turut menyentuh mengenai […]

» Read more

Pasca-PAU 2024: Misi ‘Merdekakan’ UMNO Dari Kekalahan – Tengku Haphiz

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera beranggapan bahawa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu membawa misi untuk ‘memerdekakan’ UMNO dari belenggu kekalahan. Ini kerana katanya, kemenangan UMNO/Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menjadi semangat untuk ahli dan akar […]

» Read more

Wanita UMNO Sabah Diminta Perkukuh Kedudukan, Tunjang Utama Hadapi PRN Ke-17 – Noraini Idris

KOTA KINABALU, 31 Ogos – Wanita UMNO khususnya di Sabah perlu memperkukuhkan kedudukan sebagai tunjang parti dalam menghadapi cabaran dunia politik terutama menjelang Pilihan Negeri (PRN) ke-17 akan datang. Ketua Wanita UMNO Sabah, Senator Datuk Noraini Idris berkata, sebagaimana amanat Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini dan selepas kejayaan UMNO/Barisan Nasional (BN) […]

» Read more
1 307 308 309 310 311 2,037