GISB: Johor Tubuh Jawatankuasa Khas Pulih Akidah, Selaras Bantu Anak Pengikut

JOHOR BAHRU, 3 Okt – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemurniaan Pengikut-Pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd yang akan berperanan merangka gerak kerja pemulihan akidah. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jawatankuasa berkenaan turut menyelaras pendidikan persekolahan, penempatan dan bantuan yang boleh disalurkan kepada anak-anak pengikut GISB. “Kerajaan negeri akan […]

» Read more

Gerak Kerja Berpasukan… Kejayaan PRK Mahkota Azimat Ampuh Bina Semula Parti – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Gerak kerja berpasukan dan istiqamah berlanjutan adalah azimat yang paling ampuh untuk membina semula UMNO, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok menerusi satu kenyataan memohon agar pergeseran pasca-Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota segera dihentikan dan mengambil kemenangan diperolehi […]

» Read more

Pasca-PRK Mahkota: Kemenangan BN Bukti Keberkesanan Strategi, Kerjasama Mantap – Tengku Muhammed Hafiz

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah bukti keberkesanan strategi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan berkata, peranan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melalui imej ‘Maju Johor’ juga berjaya […]

» Read more

Pasukan MALBATT Di Selatan Lubnan Selamat, Tiada Kerosakan Aset – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini memaklumkan Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 yang berada di Selatan Lubnan, berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kerosakan aset berlaku. Beliau berkata kesemua pasukan di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) termasuk MALBATT 850-11 yang beroperasi di Selatan Lubnan, telah diarahkan untuk tidak melaksanakan operasi […]

» Read more

Aplikasi Bersatu, Bersetia, Berkhidmat, Bukti UMNO Bukan Parti Bermusim – Awang Aslee

MENUMBOK, 2 Okt – “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.” Dengan semangat ini, UMNO Bahagian Beaufort telah meneruskan aplikasi turun padang selari dengan komitmen kepada asas perjuangan parti, iaitu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’. Ketuanya, Datuk Awang Aslee Lakat menegaskan bahawa gerak kerja yang dilaksana parti menyantuni rakyat setiap masa adalah antara bukti bahawa UMNO bukan bermusim melakukan gerak kerja. “Atas […]

» Read more

Kemenangan BN Di Mahkota Dirai Sederhana, Pelbagai Faktor Cetus Kejayaan – Mohd Raqib

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota perlu diraikan secara sederhana kerana cabaran politik parti pada masa hadapan masih berliku. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan berkata, terdapat pelbagai faktor yang mencetuskan kejayaan BN di PRK Mahkota termasuklah pemilihan calon tepat oleh pucuk […]

» Read more

Pengerusi JPKK, JKDM Sabah Diminta Laksana Tugas Dengan Telus Dan Cekap Demi Rakyat

SIPITANG, 2 Okt – Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKK) dan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) diingatkan agar melaksanakan amanah untuk komuniti di kawasan masing-masing dengan telus, cekap dan penuh tanggungjawab. Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Abd Rahman Mohd Noh berkata peranan JPKK dan JKDM merupakan agen yang akan membawa perubahan dari segi kemajuan, kesejahteraan dan perpaduan di setiap […]

» Read more

Tolak MoU: Kifarat Perikatan Nasional, Di Antara Ujub Dan Angkuh

BAGAI jelongak kerbau rampung, peribahasa yang paling sesuai menceritakan tindakan Perikatan Nasional (PN) yang jelik dan menjengkelkan.Tidak puas dengan gaya kempen memburukkan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan DUN Mahkota, kini mereka tampil menjadi entiti yang seolah rakus mengejar nama, memenangi sorak di sosial media dengan pendekatan politik yang semakin lama semakin di luar kewarasan […]

» Read more

Azalina Sambut Baik Perkenal Dasar Awan Nasional, Manfaatkan AI dalam Sektor Undang-Undang

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan bahawa Malaysia akan memperkenalkan Dasar Pengkomputeran Awan Negara dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab penjanaan kecerdasan buatan (AI). Katanya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), dengan kemajuan teknologi, terutama AI, adalah […]

» Read more

Pasca-PRK Mahkota… Bukti Isu Retorik Tidak Pengaruhi Bangsa Johor – Dr Azmi

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota membuktikan bahawa isu retorik gagal untuk mempengaruhi bangsa Johor. Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, isu persijilan halal yang dikatakan mampu untuk mengganggu-gugat kemenangan Kerajaan Perpaduan juga tidak memberi kesan. “Ya, memang betul BN […]

» Read more
1 274 275 276 277 278 2,039