Kerajaan Komited Susun Semula Tadbir Urus Industri Halal, Sumbang 10.8 Peratus KDNK – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Kerajaan komited untuk terus menyusun semula tadbir urus industri halal bagi memastikan sektor ini menyumbang 10.8 peratus kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) menjelang 2030. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebuah Badan Profesional Halal (Halal Professional Board) akan ditubuhkan untuk menentukan hala tuju pembangunan profesional halal di negara ini. “Saya […]

» Read more

Blok ASEAN Perlu Kekal Bersatu, Pastikan Asia Tenggara Aman Dan Kuat – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Blok ASEAN perlu terus bersatu, bebas dan mengambil pendekatan berkecuali bagi memastikan rantau Asia Tenggara kekal aman dan kuat. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dalam keadaan geopolitik dan ekonomi dunia yang berubah-ubah selain ancaman tradisional dan bukan tradisional ketika ini, semua negara ASEAN memerlukan kebergantungan terhadap satu sama lain. “Kita kena pastikan ASEAN […]

» Read more

UMNO Terus Bergerak Ke Hadapan Demi Perpaduan Dan Kesejahteraan Rakyat – Zakwan Abdullah

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Lipis, Mohd Zakwan Abdullah menyokong keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang akan terus menjadi suara rakyat dalam Kerajaan Perpaduan. Menurut beliau, ia jelas menunjukkan komitmen UMNO bagi memastikan setiap dasar dan langkah yang diambil benar-benar membawa manfaat kepada semua lapisan masyarakat. “Kita semua ada […]

» Read more

Suhaimi Mohon Perhatian Khusus Sasaran Sifar Sekolah Daif

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir menyambut baik hasrat Kerajaan untuk mencapai sasaran sifar sekolah daif menjelang 2029. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran juga memohon agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat meneliti sekolah-sekolah tersebut serta menjadikan ianya sebagai senarai keutamaan negeri bagi tahun 2025. “Di Parlimen Libaran terdapat 16 buah sekolah yang daif […]

» Read more

Perkukuh Komitmen, UMNO Terus Komited Menyantuni Rakyat – Mohd Rafi

LABUAN, 3 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, menegaskan bahawa UMNO akan terus berjuang untuk memastikan kesejahteraan rakyat, terutama di kawasan luar bandar. Beliau berkata demikian semasa menghadiri program ziarah kasih yang diadakan di beberapa kawasan di Labuan, sebagai manifestasi komitmen UMNO dalam menyantuni rakyat yang memerlukan sokongan dan bantuan. “Ziarah kasih ini […]

» Read more

Akmal Luah Kebimbangan Calon SPM Tidur Di Lantai, Keselesaan Perlu Jadi Keutamaan

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh berharap Kementerian Pendidikan dapat meneliti kembali penempatan sementara yang disediakan kepada para pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berhadapan musibah banjir. Menurut beliau ini kerana adanya aduan yang memaklumkan pelajar diberikan penempatan yang tidak sewajarnya termasuk terpaksa tidur di lantai surau beralaskan tikar akibat asrama penuh. […]

» Read more

Kerjasama Semua Pihak Mudahkan Usaha Menangani Bencana Banjir – Mohd Zaidy

JEMPOL, 3 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir, terus melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikulnya dengan penuh dedikasi, khususnya dalam menangani situasi bencana banjir yang melanda termasuklah dikawasannya. Beliau telah turun padang untuk meninjau keadaan semasa di beberapa pusat penempatan sementara (PPS) dan kawasan yang terjejas demi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin selain […]

» Read more

RUU Keselamatan Dalam Talian Bakal Dibentangkan Pada Sidang Parlimen Kali Ini – Azalina

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan pada sidang Parlimen kali ini, kata Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia telah mengemukakan RUU Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2024 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, pada Isnin. “Saya telah mengemukakan […]

» Read more

Noraini Turun Padang Tinjau PPS Di Kelantan, Sampaikan Bantuan Asas

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berbesar hati mengadakan tinjauan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan bagi melihat sendiri situasi sebenar mangsa banjir. Beliau yang juga Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut hadir bersama sukarelawan daripada Kelab Skuad Sayang 3K dengan menghantar bantuan asas termasuk makanan, keperluan harian dan peralatan […]

» Read more

Malaysia Sebagai Pintu Masuk Strategik Untuk Kerjasama ASEAN-China – TPM Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Malaysia memainkan peranan penting dalam menghubungkan rantau ASEAN kepada pasaran global sebagai hab strategik di Asia Tenggara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, kedudukan utama Malaysia dalam memudahkan perdagangan dan pelaburan, dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN melebihi AS$3.6 trilion (RM16 trilion) dan penduduknya berjumlah lebih 680 juta […]

» Read more
1 214 215 216 217 218 2,037