Isu Bendera: Dr Akmal Gesa Kerajaan Gubal Undang-Undang

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan untuk menggubal akta undang-undang agar ada hukuman lebih berat dikenakan terhadap mana-mana individu yang cuba mempermainkan Jalur Gemilang. Ujarnya, Himpunan Solidariti Jalur Gemilang yang diadakan pada Khamis di Pulau Pinang bukanlah tujuan untuk membuli tetapi menzahirkan kecintaan terhadap kedaulatan bendera tersebut. “Saya tidak […]

» Read more

Puteri UMNO Sabah Terus Solidariti Atas Kematian Zara, Tuntut Siasatan Adil

KUALA LUMPUR, 15 ogos – Pergerakan Puteri UMNO Sabah terus bersolidariti dan terus menuntut keadilan atas kematian tragis Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, pelajar yang ditemukan tidak sedarkan diri berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, bulan lalu. Ketuanya, Ummi Nabilah Jamal berkata pihaknya sepakat menyokong penuh usaha keluarga mangsa untuk menuntut siasatan yang adil, menyeluruh dan […]

» Read more

Isu Bendera Jalur Gemilang Terbukti Pemuda UMNO Tidak Berat Sebelah

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu tetap dengan pendirian, menyokong penuh tindakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh bagi menjunjung maruah negara, bersifat kenegaraan serta menentang ketidakadilan. Setiausahanya Ahmad Abaidillah Ariffin berkata, ini kerana Pemuda tidak pernah bertindak hipokrit dan berat sebelah sekiranya melibatkan kesalahan dalam isu bendera Jalur Gemilang. “Pemuda UMNO Terengganu […]

» Read more

KKDW Tubuh HLC Rentas Kementerian, Perkasa Agenda Luar Bandar – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terus memperkukuh agenda pembangunan luar bandar menerusi penubuhan rasmi High-Level Committee (HLC) Pembangunan Desa, sebagai platform strategik yang membincangkan dasar dan pelaksanaan pembangunan desa secara menyeluruh merentas kementerian dan agensi. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata HLC akan disokong dengan jawatankuasa kerja yang dibentuk berdasarkan […]

» Read more

UMNO Sabah Bersedia, PRN Kali Ini Pentas Uji Ketahanan – Bung Moktar

    KOTA KINABALU, 14 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang disifatkan paling mencabar, hasil persiapan rapi yang digerakkan sejak tiga tahun lalu. Beliau berkata, jentera BN Sabah telah bekerja secara konsisten termasuk turun padang di […]

» Read more

Menjelang Kemerdekaan: Hormati Jalur Gemilang, Isu Bendera Bukan Politik – Mohd Zaidy

JEMPOL, 14 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menegaskan bahawa pembangunan dan kemajuan negara perlu sentiasa seiring dengan semangat jati diri serta kecintaan kepada tanah air. Beliau berkata, isu Jalur Gemilang tidak wajar dipolitikkan kerana ia merupakan lambang kedaulatan negara yang perlu dihormati oleh setiap warganegara, tanpa mengira bangsa atau agama. “Jalur […]

» Read more

Mohd Youzaimi Terus Khidmat Bakti, Santuni Masyarakat

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Mersing, Mohd Youzaimi Yusof meneruskan khidmat bakti beliau di kawasan melalui ziarah kasih yang dilakukan. Terbaharu, beliau berbesar hati menyantuni Jamilah Mohamad yang baharu sahaja diagnosis dengan minor strok. Mohd Youzaimi memanfaatkan kunjungan tersebut dengan bertanya khabar di samping memberikan sumbangan atas tanda ingatan. “Mak Cik Jamilah Mohamad kena minor strok, akibat […]

» Read more

Puteri UMNO Kecam Serangan Terhadap Keluarga Rafizi, Gesa Siasatan Terperinci

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia, Shamellya Norazizi, menyifatkan insiden ugutan dan serangan terhadap keluarga bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, sebagai satu tindakan yang amat dikesali dan tidak boleh dipandang ringan. Beliau berkata, tiada isteri atau anak sesiapa pun wajar diperlakukan sedemikian rupa hanya kerana mungkin “dendam” terhadap si bapa. “Tidak kira darjat atau […]

» Read more

Kerajaan Madani Komited Laksana Reformasi Undang-Undang – Azalina

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Kerajaan Madani sentiasa komited untuk melaksanakan agenda reformasi undang-undang secara menyeluruh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata, reformasi undang-undang tersebut dilaksanakan untuk memastikan sistem perundangan negara sentiasa relevan. “Sewaktu Sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) pagi tadi, Datuk Seri […]

» Read more

Jambatan Sultan Muzzaffar Shah Pemacu Kemajuan, Erat Hubungan Antara Komuniti – Saarani

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyifatkan Jambatan Sultan Muzzaffar Shah menjadi pemacu kepada kemajuan dan mengerat hubungan antara komuniti setempat. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkata ia juga membuka peluang baharu dalam pembangunan sosioekonomi Kuala Kangsar dan negeri Perak secara keseluruhan. “Semoga dengan terbinanya Jambatan Sultan Muzzaffar Shah ini […]

» Read more
1 10 11 12 13 14 2,103