Syiar Khalwat Sebagai Kesalahan Jenayah Syariah Di Malaysia

SAYA menyokong penuh usaha Mahkamah Syariah Terengganu mengangkat syiar Islam bahawa khalwat adalah satu kesalahan jenayah Syariah yang telah menjadi sebahagian undang-undang di negeri-negeri dalam Malaysia selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam. 2. Sebatan secara terbuka menurut kaedah sebatan Syarak diputuskan oleh Mahkamah Syariah Terengganu kepada seorang pesalah khalwat berulang baru-baru ini setelah dikenakan denda untuk kesalahan khalwat kali […]

» Read more

Indoktrinasi Dan Perkaderan UMNO: Kunci Survival Masa Depan

13 DISEMBER lalu, sekali lagi saya berkesempatan bekerjasama dengan Pemuda UMNO Bahagian Selayang dalam mengendalikan satu lagi sesi Sekolah Politik. Kali ini, fokus diberikan kepada ahli Pemuda UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang dan DUN Taman Templer. Yang lebih menarik, sesi ini turut disertai kepimpinan UMNOSiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang hadir dengan semangat ingin mendalami perjuangan […]

» Read more

Emosi Dendam Mengatasi Prinsip Keadilan, Kedaulatan Undang-undang

MANA-MANA pihak atau pemerintah yang tidak mengikut jalur hukum yang sebenar pasti akan menerima balasan tanpa diduga. Perkara ini dapat disaksikan oleh orang ramai bagaimana pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad kali kedua yang bertahan selama 22 bulan sahaja. Bukan sekadar itu, ketika bertanding kali kedua di Parlimen Langkawi semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Dr Mahathir telah dimalukan oleh para […]

» Read more

Pelantikan TYT Sabah: Jangan Buat Dakwaan Tanpa Lihat Fakta โ€“ Rahman Dahlan

ADA beberapa pihak yang mempertikai Tun Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (TMA) menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah kerana kononnya sebelum ini beliau terlibat dengan kes rasuah. Ini satu tuduhan yang agak berat dan serius kerana secara tidak langsung mereka mempertikaikan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang telah melantik TMA sebagai TYT yang baharu. Sebelum saya […]

» Read more

Dosa Fitnah Sebaris Dengan Dosa Syirik, Mencuri, Berzina Dan Membunuh

MEMOHON maaf atas kesilapan sifat mulia seorang insan yang lemah tetapi apabila berlaku berulang kali kesilapan yang sama dan dibuat permohonan maaf ia menunjukkan kecuaian dan keterbiasaan atau normalisasi. Apatah lagi apabila melibatkan ungkapan fitnah atau mereka-reka cerita yang ditaburkan pada khalayak. Maaf boleh diminta tetapi kesan fitnah telah berleluasa berpindah dari mulut ke mulut dan telah masuk ke benak […]

» Read more

Keputusan Penuh Mahkamah Pendakwa Raya V Ahmad Zahid Hamidi (Responden)

1. Setelah meneliti keseluruhan kes ini, Jabatan Peguam Negara mendapati tiada keterangan di dalam kes ini untuk menunjukkan bahawa Responden telah menggunakan jawatan beliau secara langsung untuk menganugerahkan kontrak-kontrak yang menjadi subjek dalam perbicaraan ini. Keterangan menunjukkan kontrak-kontrak tersebut telah dianugerahkan sebelum Responden menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri dan ini menidakkan kewujudan peluang dan atau ruang untuk Responden menyalahgunakan […]

» Read more

Piagam Setengah Abad Barisan Nasional

MENDASARI perjuangan setengah abad Barisan Nasional, atas semangat meneruskan perjuangan dan menakhoda negara bangsa, sesungguhnya kami yang berhimpun hari ini bermuafakat, bersolidariti, dan bersatu hati bagi meneruskan agenda politik kerjasama, memelihara kestabilan, keamanan, keselamatan dan kesejahteraan melalui: 1. MEMPERKUKUH KESTABILAN POLITIK: Membina asas kepimpinan dan pentadbiran yang inklusif, telus, dan teguh, bagi memastikan keharmonian dan kestabilan politik terus terpelihara. Barisan […]

» Read more

Jubli Emas BN: Keberhasilan Dan Pengajaran Untuk Masa Depan

TANGGAL 1 Jun 1974, Barisan Nasional (BN) secara sah menjadi sebuah parti politik di negara kita. Penubuhannya disulami dengan nawaitu yang suci dan bersih bagi melihat kehidupan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia terus mendapat pembelaan sewajarnya. Bagaikan ayah kepada anak-anak, begitulah posisi BN dalam kehidupan masyarakat kita pada zaman tersebut. Walaupun masyarakat mempunyai pilihan lain untuk memilih pemimpin dan meletakkan […]

» Read more

Sekolah Politik UMNO: Langkah Kritikal Demi Masa Depan Parti

PADA 22 November yang lalu, saya berdiri di hadapan sekumpulan anak muda Melayu bersama Pergerakan Pemuda UMNO Selayang untuk melaksanakan siri pertama ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ ๐—จ๐— ๐—ก๐—ข ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด. Ia bukan sekadar program, tetapi satu usaha kecil yang lahir dari rasa tanggungjawab untuk melihat UMNO bangkit semula. Beberapa hari kemudian, pada 25 November, Majlis Kerja Tertinggi UMNO membuat keputusan penting โ€“ untuk […]

» Read more

Kes Najib-IPIC: Pedoman Untuk Ketelusan Dan Keadilan Sistem Perundangan

KES melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, yang dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam tuduhan pecah amanah RM6.6 bilion melibatkan dana International Petroleum Investment Company (IPIC), menimbulkan pelbagai persoalan. Isu ini memperlihatkan beberapa kelemahan dalam sistem perundangan, khususnya dari segi pengurusan masa dan keadilan yang sewajarnya. Hal ini juga menimbulkan keraguan […]

» Read more
1 3 4 5 6 7 76