Keamanan, Kesejahteraan Bukti Agenda UMNO Bukan Ekstremisme

BARU-BARU ini, P. Ramasamy, Pengerusi Penaja Urimai, mengeluarkan kenyataan yang mendakwa bahawa agenda kaum dan agama oleh UMNO adalah punca kemerosotan pengaruh MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN). Sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Selayang dan seseorang yang mengikuti rapat perkembangan politik negara ini, saya rasa perlu untuk memberi pandangan yang lebih bernas terhadap kenyataan tersebut, supaya kita semua dapat […]

» Read more

Penerangan UMNO Bukan Tentang Individu

PENERANGAN UMNO ingin menegaskan bahawa zaman politik terbuka yang bergantung sepenuhnya kepada ceramah besar-besaran dan retorik pentas sudah berubah. Dunia politik kini menuntut pendekatan yang lebih halus, bersifat strategik dan disasarkan. Kejayaan hari ini tidak lagi bergantung kepada sorakan khalayak semata-mata, tetapi pada keupayaan untuk menembusi minda pengundi dengan naratif yang tersusun rapi. Sesetengah pihak mungkin bertanya, kenapa UMNO tidak […]

» Read more

‘Pray 4’ Petani Tebing Tembah

ZALIM adalah kata lawan kepada Adil. Adil dituntut Islam. Zalim ditentang Islam. Adil adalah meletakkan sesuatu di tempat yang HAKNYA. Zalim adalah mencabut yang Adil. Kenapa Zalim? kerana kerajaan ada ‘OPTION’ untuk 600 org peserta baru ini di Bandar Baru Durian Mentangau. Saya gerenti bukan setakat 600 orang tapi 6,000 orang lagi dapat manfaat di kawasan tersebut. Keluasan Bandar baharu […]

» Read more

Rintihan Petani Tebing Tembah

WAHAI Pemimpin… Tanah ini diusahakan dengan penuh kasih sayang, jerih perih dan tulang empat kerat kami selama 19 tahun. Kami berhempas pulas bangunkan tanah ini untuk menyara keluarga. Mungkin RM1,500 – RM2,000 sebulan sedikit bagi kamu, tetapi duit inilah kami dapat menyara anak-anak kami belajar, menyiapkan tempat berteduh kami dan kais pagi petang kami. Wahai Pemimpin… Kami sedar tanah ini […]

» Read more

Kemenangan Bermakna BN Di Ayer Kuning, Semarak Momentum Ke Arah PRU

KEMENANGAN bergaya Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menjadi bukti nyata bahawa semangat perjuangan parti masih membara dan mendapat tempat dalam hati rakyat. Kejayaan mempertahankan kerusi ini bukan sahaja memberikan nafas baharu kepada BN tetapi juga membawa isyarat kebangkitan besar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Dalam suasana politik negara […]

» Read more

Kes Najib: Kebenaran Merayu Prosedur Biasa, Bukan Bermaksud Kalah

Peguam Negara mendapat kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengembalikan prosiding semakan kehakiman berhubung Titah Adendum ke Mahkamah Tinggi. Jangan silap faham, Datuk Seri Najib Razak belum kalah. Apa itu ‘kebenaran merayu‘  Di Malaysia, apabila satu pihak ingin membawa sesuatu rayuan ke Mahkamah Persekutuan (mahkamah tertinggi negara), mereka tidak boleh […]

» Read more

Jalur Gemilang Silap Lagi: Simptom Kecuaian Atau Krisis Jati Diri?

BENDERA Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain berjalur merah putih. Ia adalah lambang kedaulatan, perpaduan, dan identiti nasional yang sepatutnya dihormati dan difahami oleh setiap warga Malaysia. Namun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita sering digemparkan dengan laporan kesilapan dalam memaparkan bendera negara, termasuk oleh agensi kerajaan sendiri. Kesilapan memaparkan bendera Malaysia bukanlah satu isu kecil yang boleh dipandang ringan, […]

» Read more

Lawatan China Di Malaysia: Perspektif Syariat Islam

NAMPAKNYA sambutan hangat yang diberikan pihak kerajaan ke atas Presiden Negara China sempena kunjungan beliau ke negara ini telah diambil kesempatan oleh pihak lawan untuk menanam kebencian dan membangkitkan emosi rakyat secara tidak bertanggungjawab. Begitulah sikap pembangkang yang hanya tahu dan mahu mengkritik pelbagai usaha pihak kerajaan meskipun mereka sedar kepentingan mengadakan hubungan diplomasi dengan negara-negara lain apatah lagi China […]

» Read more

Tarif Baharu Amerika Syarikat: Apa Maknanya Untuk Rakyat Malaysia?

Pengumuman Mengejut dari Washington Pada 3 April 2025, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan pelaksanaan dasar perdagangan baharu yang menyaksikan pengenaan tarif sebanyak 24% ke atas kebanyakan produk import dari Malaysia, berkuat kuasa mulai 9 April. Langkah ini merupakan sebahagian daripada kempen perdagangan yang lebih luas di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA), di mana tarif dikenakan terhadap negara-negara […]

» Read more

Apa Pilihan Seorang Zahid Hamidi?

Kadang-kadang sejarah bukan ditulis oleh mereka yang paling lantang, tapi oleh mereka yang paling berani buat keputusan yang tak popular. Ramai bertanya—kenapa Datuk Seri  Ahmad Zahid Hamidi  sanggup bawa UMNO masuk kerajaan bersama Pakatan Harapan? Bukankah itu menyimpang jauh dari naratif lama UMNO? Bukankah itu ‘tidur sebantal dengan musuh’? Tapi sebelum kita cepat melabel, mari kita letak satu soalan yang […]

» Read more
1 2 3 4 76