Mohd Azmawi Fikri Calon BN Untuk PRK Nenggiri

KOTA BHARU, 18 Julai – Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan. Perkara berkenaan diumumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang juga Pengerusi BN negeri di Dewan UMNO Negeri, di sini. Beliau berkata keputusan berkenaan […]

» Read more

Susun Gerak Kerja Sebaiknya, BN Mampu Rampas Kembali Kerusi DUN Nenggiri – Mohamad

KOTA TINGGI, 16 Julai – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata UMNO dan BN perlu menyusun gerak kerja sebaiknya untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. Ujar Timbalan Presiden UMNO itu, secara tradisinya kerusi DUN Nenggiri dan Parlimen Gua Musang merupakan kawasan milik BN. “Saya yakin jika diurus dengan baik kerana kawasan Gua Musang […]

» Read more

Akmal Yakin UMNO/BN Dapat Rampas Kembali DUN Nenggiri

TASEK GELUGOR, 14 Julai – Pilihan raya ini seribu satu kemungkinan, hari ini boleh kalah, lusa boleh menang. Sudah tentu UMNO ada strategi yang tersendiri, demikian tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh. Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yakin dan percaya UMNO dapat merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya […]

» Read more

PRK Nenggiri: BN Bakal Wakili Kerajaan Perpaduan – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan telah bersetuju untuk meletakkan calon Barisan Nasional (BN) sebagai wakil calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, persetujuan tersebut dicapai ketika sidang mesyuarat yang telah berlangsung pada Selasa. “Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan bersetuju […]

» Read more

Calon DUN Nenggiri Akan Dimuktamadkan Dalam Masa Terdekat- Ahmad Zahid

JELI, 6 Julai – UMNO akan memuktamadkan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri minggu depan. Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sudah menerima senarai pendek individu yang boleh diangkat sebagai calon oleh UMNO Bahagian Gua Musang. “Saya menghargai surat yang telah diutuskan oleh Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku […]

» Read more

PRK Nenggiri: Calon UMNO Disenarai Pendek, Tunggu Pengesahan Biro Politik

MARAN, 1 Julai – UMNO telah menyenarai pendek beberapa calon yang boleh menang, diterima rakyat dan disukai pengundi untuk diketengahkan sebagai wakil parti itu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan. Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu akan dibawa berbincang dengan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan Badan Perhubungan UMNO […]

» Read more

UMNO Akan Letak Calon PRK Nenggiri – Ahmad Zahid

LIPIS, 29 Jun – UMNO akan meletakkan calonnya  untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Neggiri, Kelantan 17 Ogos depan. Presidennya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata insya Allah kerjasama sepenuhnya akan menghasilkan kejayaan kelak. “Insya Allah kalau kita bekerja keras Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada kita. “Semalam […]

» Read more

PRK DUN Nenggiri Ditetapkan 17 Ogos – SPR

PUTRAJAYA, 28 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos ini. Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 3 Ogos dan 13 Ogos. “Daftar pemilih pilihan raya bagi PRK DUN Nenggiri mengandungi seramai 20,259 pemilih. […]

» Read more

BN Sedia Pertimbang Letak Calon Di DUN Nenggiri – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 21 Jun – Barisan Nasional (BN) sedia mempertimbangkan untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Kelantan jika diadakan, susulan kekosongan luar jangka kerusi N43 berkenaan, kata pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri itu berkata, walaupun BN adalah ‘underdog’ di DUN itu namun ia tetap bersedia sekiranya diputuskan akan diadakan PRK di kawasan itu […]

» Read more
1 14 15 16