UMNO Umpama Harimau Terluka Yang Akan Bangkit Lebih Garang – Manndzri

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib menyifatkan sejarah perjuangan UMNO sebagai warisan keramat yang wajib dipertahankan oleh seluruh ahlinya. Katanya, ahli parti perlu memperkukuh semangat juang dan memperteguhkan kesatuan UMNO yang kini berada dalam fasa kebangkitan. “Ahli UMNO kena lebih kuat, bersemangat malah lebih utuh dan parti ini ibarat ‘harimau yang terluka’ dan boleh bangkit dengan […]

» Read more

79 Tahun Perjuangan, UMNO Tetap Teguh Pertahan Dasar, Asas dan Tujuan Asal – Mohd Zaidy

JEMPOL, 8 Mei – Menjelang ulang tahun ke-79 penubuhannya pada 11 Mei ini, UMNO terus komited mempertahankan dasar perjuangan yang menjadi asas sejak penubuhannya pada tahun 1946, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran politik semasa dan landskap politik yang sentiasa berubah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menegaskan, UMNO tidak pernah menyimpang daripada prinsip asal […]

» Read more

Kerajaan Bakal Anjur HBN, Iktiraf Peranan Belia Dalam Pembangunan Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Kerajaan bakal menganjurkan Hari Belia Negara (HBN) yang merupakan salah satu daripada program utama untuk mengiktiraf peranan belia dalam pembangunan negara. Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu kenyataan memaklumkan beliau telah mempengerusikan Mesyuarat JKPB yang memberi fokus kepada pelaksanaan program untuk golongan belia. […]

» Read more

Malaysia Lihat Potensi Besar Kembangkan Pasaran Minyak Sawit Di Rantau EAC

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Malaysia melihat potensi besar untuk memperluas jejak pasaran minyak sawit di rantau Komuniti Afrika Timur, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Ghani. Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan telah bertemu dengan Setiausaha Kabinet Kementerian Pelaburan Kenya, Yang Berhormat Lee Kinyanjui untuk membincangkan peluasan perdagangan dua hala khususnya […]

» Read more

Jangan Ikut Rentak Parti Lain, Fokus Terus Perkukuh UMNO – Othman Desa

KUALA LUMPUR, 8 Mei – UMNO memiliki struktur organisasi yang mantap, merangkumi jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), kepimpinan perhubungan negeri, bahagian, dan cawangan. Pengerusi Veteran UMNO merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Othman Desa berkata, struktur organisasi yang kukuh ini harus dipelihara dan dimantapkan oleh seluruh ahli parti dengan semangat kebangkitan semula. “Kita […]

» Read more

Pas Yang Lebih Dahulu ‘Sucikan’ Dap Melalui PasDap – Mustapha

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Pas telah ‘mensucikan’ Dap terlebih dahulu melalui PasDap, kata Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakob. Ujarnya, naratif yang dimainkan oleh Pas pada ketika ini terhadap kerjasama UMNO bersama Pakatan Harapan (PH) dengan jolokan UMDap itu mencerminkan kekesalan dan kecemburuan mereka melihat kejayaan dua gabungan membentuk Kerajaan Perpaduan. “Pas telah berusaha menjinak kuda liar […]

» Read more

Pelbagai Inisiatif Diusaha UMNO Demi Rakyat, Martabat Agama, Bangsa Dan Negara – Hasmuni Hassan

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Hasmuni Hassan menegaskan UMNO sentiasa memainkan peranan penting dalam kerajaan hari ini dan tidak pernah berdiam diri untuk memperjuangkan kepentingan rakyat. Menurutnya, antara inisiatif utama yang diperjuangkan oleh UMNO termasuk memperkukuhkan institusi-institusi penting yang menjadi tonggak utama pembangunan sosioekonomi negara. “Pelbagai inisiatif penting yang diperjuangkan UMNO termasuk memperkukuh institusi […]

» Read more

UMNO Komited Perkasa Agenda Pendidikan Generasi Muda Melayu/Bumiputera – Razlan

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii memaklumkan komitmen berterusan dilakukan kepimpinan parti dalam memperkasa agenda pendidikan membabitkan generasi muda khususnya Melayu/bumiputera. Menurut beliau ini dibuktikan apabila hasil pertemuan dilakukan delegasi Malaysia yang diketuai oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bersama Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk […]

» Read more

UMNO Ke-79: Ikon Pandu Negara Ke Arah Kemajuan Dan Sejahtera – Dr Ahmad Razif

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan sebagai sebuah parti politik, UMNO telah melalui perjalanan 79 tahun dengan mengukir epiknya sendiri dalam sejarah politik Malaysia. Menurut beliau dengan setiap babak yang dilalui, parti ini tidak hanya sekadar sebuah entiti politik, tetapi satu ikon yang memainkan peranan penting dalam memandu […]

» Read more

Sidang Kemuncak ASEAN: Kesiapsiagaan Agensi Terlibat Tinggi – Mohamad

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan keyakinannya terhadap tahap kesiapsiagaan tinggi semua agensi keselamatan negara menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini. Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya memastikan kelancaran penganjuran sidang kemuncak yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) demi menjaga nama baik negara. […]

» Read more
1 96 97 98 99 100 1,939