Malaysia Menyeru Semua Pihak Tidak Memburukkan Lagi Keadaan Di Timur Tengah – Mohamad Hasan

PUTRAJAYA, 14 April – Malaysia menggesa semua pihak di rantau yang terlibat untuk mengelak dan berhati-hati agar tidak memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang di rantau Timur Tengah berikutan serangan Iran ke atas Israel, awal Ahad. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu kenyataan pada Ahad menggesa pihak-pihak yang berkenaan untuk meredakan persengketaan dan mewujudkan persekitaran yang diperlukan untuk […]

» Read more

Hina Agong: 26 Bahagian Pemuda UMNO Johor Akan Buat Laporan Polis – Nor Azleen

JOHOR BAHRU, 14 April – Pemuda UMNO Johor akan membuat laporan polis bagi menggesa siasatan dibuat terhadap seorang individu yang memuat naik entri di media sosialnya didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong. Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan bertindak membuat laporan tersebut bermula Ahad. “Bermula Ahad, kita akan minta semua Pemuda UMNO Bahagian dalam […]

» Read more

Sambutlah Aidilfitri 1445H Dengan Sebaik Mungkin Perancangan – Mohd Shahar

KUALA LUMPUR, 13 April – Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berharap umat Islam yang balik ke destinasi masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri ini untuk merancang perjalanan mereka dengan sebaiknya. Beliau berkata pemeriksaan kenderaan juga sangat penting bagi memastikan kenderaan dinaiki kelak berada dalam keadaan baik. “Bagi mereka yang akan balik beraya di kampung dan balik  semula […]

» Read more

Kepentingan Orang Melayu Dan Agama Islam Sentiasa Menjadi Keutamaan UMNO

KUALA LUMPUR, 13 April – Kepentingan orang Melayu dan agama Islam sentiasa menjadi keutamaan UMNO seperti mana termaktub dalam Perlembagaan parti keramat ini, kata Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari. Menurut beliau, ini dapat dilihat apabila pemimpin-pemimpin UMNO tidak berdiam diri apabila isu-isu membabitkan perkara tersebut dimainkan oleh pihak tertentu. “UMNO ada Perlembagaan sendiri dan kita sebagai ahli […]

» Read more

UMNO Terus Berjuang Berpaksikan Prinsip Hingga Ke Hari Ini – Dr Akmal

KUALA LUMPUR, 13 April – Pemuda UMNO berada pada landasannya yang tersendiri malah parti itu yang berada di dalam Kerajaan Perpaduan juga masih terus berpegang kepada prinsip perjuangannya hingga ke hari ini. Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menegaskan bahawa prinsip itulah yang menjadi pegangannya sejak diamanahkan untuk memimpin pergerakan berkenaan dan akan terus berjuang berdasarkan paksi dan laluan yang […]

» Read more

Menteri UMNO/BN Kompeten Laksana Tanggungjawab… Pengalaman Dimiliki Jadi Sandaran, Buka Mata Rakyat – Mohd Hilmi

KUALA LUMPUR, 12 April – Pemimpin UMNO/Barisan Nasional (BN) yang membarisi Kabinet Kerajaan Perpaduan sememangnya kompeten dalam melaksanakan portfolio mereka seperti yang diamanahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias. Menurut beliau, pengalaman dimiliki menjadi sandaran kepada mereka untuk membuka mata rakyat bahawa pemimpin UMNO/BN serius dalam mengangkat isu rakyat. […]

» Read more

Selamat Hari Raya Aidilfitri… Kekalkan Semangat Perpaduan Setiap Masa – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 12 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan mengharapkan agar rakyat sentiasa mengekalkan semangat perpaduan. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam turut menasihatkan para perantau untuk berhati-hati setiap masa terutamanya semasa pulang ke kampung halaman dan kembali ke ibu kota. “Kepada […]

» Read more

Aidilfitri Sinar Kegembiraan Umat Islam, Sambut Dengan Kesyukuran – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR, 11 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menyifatkan Hari Raya Aidilfitri ini sebagai sinar kegembiraan buat semua umat Islam di seluruh dunia selepas melakukan ibadah puasa selama sebulan. Katanya, ia juga sebagai manifestasi kepada terjalinnya ukhuwah sesama keluarga dan rakan-rakan melalui perayaan. “Sudah pastinya di dalam hari barakah ini, kita mengharapkan […]

» Read more

Kekalkan Sifat Kasih Sayang Dan Bermuafakat Sambut Aidilfitri – Mohd Rafi

LABUAN, 11 April – Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berharap sifat kasih sayang dan bermuafakat yang tersuntik dalam bulan Ramadan lalu dapat dikekalkan pada Syawal. Beliau berkata, Ramadan juga adalah waktu untuk menghargai masa bersama keluarga, rakan-rakan dan sebagai pemimpin sudah tentu rakyat di peringkat akar umbi akan dapat merasai jiwa terdidik iaitu bukan hanya menahan […]

» Read more

Raikan Aidilfitri Bersama, Teruskan Perjuangan Istiqamah Raih Kejayaan

KUALA LUMPUR, 11 April – Berakhirnya Ramadan berganti Syawal yang sarat dengan pelbagai makna dan nilai tersendiri. Sehubungan itu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijrah bagi tahun 2024 ini. Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka mengharapkan ahli UMNO terus utuh dan teguh dengan semangat serta jiwa perjuangan […]

» Read more
1 874 875 876 877 878 2,353