Ranhill SAJ Beri Rebat 15 Peratus Untuk Pengguna Terkesan Gangguan Air

ISKANDAR PUTERI, 26 Mei – Semua pengguna di daerah Johor Bahru yang terjejas akibat gangguan bekalan air baru-baru ini akan menerima rebat bil air sebanyak 15 peratus. Tindakan segera pemberian rebat air ini adalah sebahagian daripada tanda keprihatinan Kerajaan Johor terhadap kesulitan yang dihadapi rakyat yang bedepan ketiadaan air akibat daripada masalah kerosakan luar jangka. Langkah pemberian rebat ini adalah […]

» Read more

Skuad YPM: Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Perkasa Generasi Muda

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited dalam memperkasa generasi muda melalui pelbagai platform strategik, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Wan Rosdy yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan Majlis Pelancaran SKUAD Yayasan Pelajaran MARA (SKUAD YPM) telah berlangsung pada Ahad. “Gegak gempita Dewan Jubli Perak Sultan Haji […]

» Read more

Keterangkuman Dan Kemampanan Perlu Diterapkan Dalam Agenda, Visi ASEAN

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Prinsip ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, tema Kepengerusian ASEAN Malaysia pada tahun ini, perlu diterapkan sebagai teras dalam agenda dan visi blok serantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam ucapan perasmian pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di sini hari ini, beliau berkata tema itu merupakan pendekatan yang bersifat strategik dan berpaksikan nilai yang penting. […]

» Read more

Melaka Akan Wujudkan Unit Seni Dan Budaya Perkasa Usaha Pelihara Warisan Seni

MELAKA, 26 Mei – Unit Seni dan Budaya Negeri Melaka akan diwujudkan dalam agenda memperkasakan usaha memelihara dan memulihara seni, warisan dan budaya negeri itu, terutamanya dondang sayang. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata unit berkenaan dijangka diperkenalkan pada prapelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 pada Julai ini. Beliau berkata, unit itu akan […]

» Read more

Isu Pajakan Tanah: Cadang Wujudkan Jawatankuasa Khas Mudahkan Urusan Permohonan

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Ramlee Bohani mencadangkan agar diwujudkan Jawatankuasa Khas di bawah Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memudahkan urusan permohonan pembaharuan pajakan. Katanya ia penting bagi memastikan pelaksanaannya melalui garis panduan yang jelas dan bantuan teknikal kepada pemilik tanah kampung tradisi. “Selain itu, jawatankuasa ini juga dapat membantu […]

» Read more

Perkasakan KULN, Tapak Semaian Bakat Kepimpinan Masa Depan UMNO Dan Negara

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan Kelab UMNO Luar Negara (KULN) yang terdiri daripada anak-anak Malaysia yang sedang menimba ilmu di pelbagai pelusuk dunia perlu diperkasakan semula. Ujar Dr Asyraf yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, KULN adalah medan strategik bagi melahirkan pemimpin muda yang bukan sahaja celik dengan ilmu global, malah […]

» Read more

Kestabilan Negara Kunci Tarik Sokongan Rakyat – Dr Azizuddin

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Timbalan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpandangan Barisan Nasional (BN) berpotensi untuk kembali menjadi parti dominan namun memerlukan strategi tertentu dalam mencapai perkara tersebut. Menurut beliau ia termasuk menempuhi pilihan raya melalui kerjasama dengan parti-parti lain dan memanfaatkan sentimen kestabilan negara sebagai kunci menarik sokongan rakyat. “BN boleh […]

» Read more

BN Terbuka Bincang Kerusi Sabah – Ahmad Zahid

MELAKA, 25 Mei – Barisan Nasional (BN) mempraktikkan keterbukaan untuk berunding mengenai pembahagian kerusi dengan mana-mana parti di Sabah bagi berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu tidak lama lagi. Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini perbincangan awal antara BN dan PH mengenai pengagihan kerusi telah bermula namun sebarang keputusan akan dimuktamadkan selepas pembubaran rasmi Dewan […]

» Read more

ASEAN Dukung Perdagangan Global Berbilang Hala Walau Ditekan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 25 Mei – ASEAN menegaskan pendirian untuk terus mendukung sistem perdagangan global berbilang hala berasaskan peraturan meskipun berdepan tekanan tarif daripada pentadbiran Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ASEAN tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan balas terhadap langkah tarif yang diumumkan Amerika […]

» Read more

KDA FC Terkeluar Dari Liga Super, Kegagalan Sanusi Dan Exco Negeri Yang Memalukan

KUALA LUMPUR, 25 Mei – UMNO Kedah melahirkan rasa kecewa dan kesal terhadap kegagalan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Muhammad Sanusi Md Nor serta barisan Exco dalam menangani krisis yang melanda Kedah Darul Aman FC (KDA FC), sehingga menyebabkan pasukan tersebut terkeluar dari saingan Liga Super musim 2025/26. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menerusi satu kenyataan […]

» Read more
1 84 85 86 87 88 1,947