ATM Pastikan Ancaman Ganggu Rangkaian Komunikasi Pertahanan Ditangani – Panglima ATM

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Aspek keselamatan dan pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa dipantau setiap masa dalam memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan ATM dapat ditangani, kata Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang. Beliau berkata tindakan serta langkah-langkah sewajarnya yang perlu dilaksanakan oleh pentadbir sistem siber sebagai langkah menangani apa juga kemungkinan tindak balas serangan […]

» Read more

Dua Kawasan Di Kedah, Satu Di Pahang Dikenakan PKPD – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah di Kedah, serta Ulu Lepar di Pahang, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 18 hingga 31 Mei ini berikutan peningkatan kes COVID-19 di kawasan berkenaan. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya di sini hari ini berkata PKPD di Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah melibatkan sembilan […]

» Read more

Kurangnya Kemahuan Politik Tangani Penderitaan Palestin Tidak Lagi Boleh Dijadikan Alasan – Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Ketika semakin banyak rumah dirobohkan, jumlah kematian semakin meningkat serta penduduk Palestin kian menderita, ‘kekurangan kemahuan politik’ tidak lagi boleh jadikan alasan membiarkan kekejaman Israel berterusan. Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata jelas pertumpahan darah yang dilakukan ke atas rakyat Palestin perlu dihentikan, kekebalan Israel yang terus melakukan kekejaman dahsyat perlu ditamatkan dan Israel […]

» Read more

Agong Dukacita, Sedih Serangan Israel Terhadap Rakyat Palestin, Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan sedih atas pencerobohan serta serangan ganas tentera rejim Israel terhadap Masjid al-Aqsa dan Semenanjung Gaza. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah menyifatkan pencerobohan dan serangan berterusan terhadap tempat suci umat Islam yang ketiga itu dan […]

» Read more

PUI, Kontak Rapat dan PUS Jangan Hadir Ke PPV – Khairy

KUALA LUMPUR, 15 Mei  – Bakal penerima vaksin yang berstatus individu dalam siasatan (PUI), kontak rapat pesakit COVID-19 atau individu dalam pengawasan (PUS) tidak dibenarkan hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata setakat ini pihaknya mendapati beberapa individu yang berstatus sedemikian hadir ke PPV, sedangkan mereka sepatutnya berada di rumah. Menurutnya, pihaknya […]

» Read more

Kerisauan Belia Terkesan Pandemik COVID Akan Ditangani Sebaiknya – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Kerisauan dan keresahan warga belia yang terkesan oleh pandemik COVID-19 akan ditangani sebaiknya, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. Beliau berkata kerajaan telah melakukan pelbagai ikhtiar termasuk penubuhan Majlis Pekerjaan Negara, Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja), Skim Perantisan Nasional, pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan pertubuhan belia di […]

» Read more

Kuarantin Wajib Penumpang Misi Hadr, Repatriasi Dari India Dilanjut 21 Hari

KUALA LUMPUR, 15 Mei  – Tempoh kuarantin wajib 14 hari bagi semua penumpang dari India yang tiba di Malaysia menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) pada 12 Mei dan penerbangan repatriasi 13 Mei lepas dilanjutkan kepada 21 hari. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan itu dibuat susulan tujuh dari 132 penumpang penerbangan repatriasi pada […]

» Read more

Terus Perkukuh UMNO, Cari Titik Persamaan Dan Teruskan Khidmat Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Haryaty Hamdzah mengajak ahli-ahli UMNO untuk terus memperkukuh parti dengan tekad berkhidmat kepada rakyat dan mempertahankan agama, bangsa serta negara. Katanya, meniti usia UMNO yang ke 75 tahun ia adalah satu usia yang cukup matang dalam menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran yang melanda. “UMNO pada usia yang ke 75 tahun […]

» Read more

UMNO 75 Tahun, Terus Relevan Untuk Depani Dunia Politik Baharu- Sharkar

KUALA LUMPUR, 12 Mei – 75 tahun UMNO merupakan satu jangka waktu yang panjang dan sebagai sebuah parti politik tentunya diharapkan UMNO terus relevan dan sentiasa menepati zaman, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. Malah beliau juga berpandangan UMNO harus mengikuti perkembangan semasa jika ingin terus survive dalam dunia politik baharu hari ini. “Kita harapkan […]

» Read more

Ahmad Zahid Sebak Nasib Rakyat Di Kawasan PKPD Menyambut Lebaran, Harap Agensi Kerajaan Bantu

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebak sebak memikirkan nasib individu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terpaka meminta bantuan keluarga untuk mendapatkan bekalan makanan. Ini bermakna kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan mereka yang terbabit tidak dibenarkan keluar dan perlu meraikan Lebaran dalam kawasan kampung sahaja. “Saya […]

» Read more
1 848 849 850 851 852 1,517