Tiada Kompromi, Tiada Tempat Untuk Pembuli… Dr Asyraf Tegas Tiada Peluang Kedua

KUALA LUMPUR, 8 April – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tiada kompromi dan tiada tempat untuk pembuli di mana-mana Institut Pendidikan MARA (IPMA). Dr Asyraf juga tidak bersetuju jika mereka yang terlibat dalam aktiviti buli diberikan peluang kedua kerana dari awal diamanahkan sebagai Pengerusi MARA, beliau berulang kali mengingatkan dan tegas dengan prinsip #YouTouchYouGo. […]

» Baca lanjut

Ayer Kuning Tetap Kubu Kuat BN Walau Dilanda Tsunami Politik – Saarani

TAPAH, 8 April – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyifatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai benteng kukuh BN yang tidak pernah goyah meskipun negara beberapa kali dilanda gelombang perubahan politik. Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata pengundi Ayer Kuning sentiasa konsisten dalam membuat pilihan dan memilih wakil rakyat daripada parti yang […]

» Baca lanjut

Noraini Ucap Selamat Bersidang Kepada Seluruh Keluarga Besar UMNO

KUALA LUMPUR, 8 April 2025 – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad merakamkan ucapan Selamat Bersidang kepada seluruh ahli UMNO termasuk Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri sempena Persidangan UMNO Cawangan 2025 yang sedang berlangsung di seluruh negara. Dalam kenyataannya, beliau menyeru agar persidangan kali ini dijadikan sebagai medan terbaik untuk memperkukuhkan perjuangan parti, mempereratkan ukhuwah dalam […]

» Baca lanjut

Mohd Zaidy Sifatkan Dr Ustaz Yusri Figura Berwibawa Untuk Rakyat DUN Ayer Kuning

KUALA LUMPUR, 8 April – Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) dan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning telah berlangsung semalam di Dewan Orang Ramai Temoh, Tapah disertai kehadiran pimpinan utama serta jentera parti dari seluruh negara. Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr. Ustaz Mohamad Yusri Bakir, 54, diumumkan sebagai calon BN bagi PRK yang akan berlangsung pada 26 […]

» Baca lanjut

Manfaatkan Persidangan Untuk Selami Cabaran Semasa Parti – MKT UMNO

KUALA LUMPUR, 8 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin mengucapkan selamat bersidang kepada perwakilan UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri di seluruh negara. Menurut beliau persidangan yang bermula 7 April sehingga 25 Mei depan adalah platform sebaiknya dalam usaha memastikan parti terus mengorak langkah ke depan berasaskan realiti politik semasa. “Persidangan tahunan tentunya […]

» Baca lanjut

Gabungan Ilmu Dan Latar Belakang, Dr Yusri Calon BN Pertahan DUN Ayer Kuning – Ahmad Zahid

TAPAH, 7 April – Barisan Nasional (BN) menampilkan tokoh berprofil agama, Dr Ustaz Yusri Bakir sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan pemilihan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu. “Kita meneliti lapan calon sebelum ini namun Dr […]

» Baca lanjut

Calon BN Ucap Terima Kasih, Yakin Kekal Di DUN Ayer Kuning

TAPAH, 7 April – Calon Barisan National (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Dr Yusri Bakir mengucapkan terima kasih kepada barisan kepimpinan pusat dan bahagian yang memberi peluang kepada beliau untuk mewakili parti pada PRK kali ini. Ujarnya, beliau yakin dengan kerjasama daripada semua pihak mampu memberikan kejayaan kepada BN untuk menawan DUN […]

» Baca lanjut

Tengku Adnan Seru Perwakilan UMNO Manfaatkan Persidangan Cawangan Perkukuh Parti

KUALA LUMPUR, 7 April – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru agar seluruh perwakilan UMNO Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri di seluruh negara memanfaatkan sebaik mungkin Persidangan Cawangan yang bermula hari ini hingga 25 Mei. Ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, jadikan persidangan ini sebagai wadah untuk memperkukuhkan parti dan memperteguh semangat perjuangan di peringkat […]

» Baca lanjut

PRK DUN Ayer Kuning: Gabungan BN Komited Tawan Hati Pengundi – Ahmad Zahid

KAMPAR, 7 April – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan komitmen gabungan itu untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 yang bakal berlangsung. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk PRK N.48 Ayer Kuning yang diadakan hari ini, beliau yang juga Presiden UMNO berkata pertemuan tersebut melibatkan kepimpinan BN negeri […]

» Baca lanjut

Hafiz Ariffin Seru Pemuda UMNO Terus Bersemangat, Susun Organisasi Perkukuh Parti

KUALA LUMPUR, 7 April – Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin menyeru seluruh ahli Pemuda UMNO di peringkat akar umbi agar terus kekal bersemangat dan bersatu hati dalam memperkukuh organisasi. Menerusi satu hantaran di Facebooknya sempena persidangan Cawangan Pemuda UMNO di seluruh negara, beliau menyampaikan ucapan selamat bersidang kepada 13,478 cawangan daripada 191 bahagian UMNO di seluruh tanah air. “Inilah […]

» Baca lanjut
1 58 59 60 61 62 1,867