Jelajah Ukhwah Ramadan Pererat Perpaduan Masyarakat di Labuan

LABUAN, 5 Mac – UMNO Bahagian Labuan telah menganjurkan program Jelajah Ukhwah Ramadan bagi memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat serta mengambil keberkatan bulan suci ini. Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, menegaskan bahawa program sebegini memainkan peranan penting dalam mempererat hubungan silaturahim, khususnya dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan. “Ramadan […]

» Baca lanjut

RM58.07 Juta Diperuntukkan Untuk 16 Projek Naik Taraf CIQ BSI dan KSAB – MB Johor

JOHOR BAHRU, 5 Mac – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan bahawa sebanyak RM58.07 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan 16 projek pembangunan fizikal di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB). Ujarnya, inisiatif ini bertujuan untuk melancarkan pergerakan rentas sempadan serta memperkukuh imej negeri Johor dan negara sebagai salah […]

» Baca lanjut

MARA: Selagi Menerajui… Kita Tidak Benarkan Hak Orang Melayu, Bumiputera Disentuh

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi menegaskan bahawa hak orang Melayu dan bumiputera tidak akan ‘disentuh’ oleh mana-mana pihak selagi UMNO menerajui institusi tersebut. Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO memaklumkan bahawa status Tajaan Pendidikan MARA (TESP) sudah kembali kepada asal dan para pelajar sudah boleh mula melakukan semakan. “Saya banyak membaca […]

» Baca lanjut

Malaysia Komited Bantu Gaza, Tentang Keras Pemindahan Paksa Rakyat Palestin – Mohd Alamin

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohd Alamin berkata Malaysia kekal komited dalam usaha membantu pembinaan semula Gaza seperti yang diumumkan Perdana Menteri, dan pada masa yang sama menentang keras sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin. Menurut beliau, dalam konteks bantuan pasca-konflik di Gaza, Malaysia kini sedang merangka kerjasama dengan Negara-negara sepemikiran serta pihak berkepentingan lain, […]

» Baca lanjut

Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Depani Isu Nelayan Bakal Ditubuh – Ahmad Zahid

BAGAN DATUK, 5 Mac – Sebuah Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) akan ditubuh bagi mendepani isu-isu nelayan negara ini, supaya kebajikan golongan tersebut terus terjamin, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid berkata jawatankuasa itu yang bakal dipengerusikannya, akan dikoordinasi bersama lima kementerian melibatkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian […]

» Baca lanjut

34 Tahun UMNO Sabah Bukan Sekadar Angka, Lonjak Pembangunan Negeri – Mohamad Alamin

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohamad Alamin berpandangan ulang tahun UMNO Sabah ke-34 yang disambut baru-baru ini bukan sekadar angka semata-mata tetapi jauh lebih daripada itu memberi makna kepada seluruh ahli di negeri berkenaan. Menurut beliau yang juga Ketua UMNO Kimanis, 34 tahun parti berkenaan di negeri tersebut memberikan pengalaman yang amat bermakna bukan […]

» Baca lanjut

Ringankan Beban Rakyat… Jualan Kasih Johor Bakal Dilaksana Di 57 Lokasi – Zahari

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Jualan Kasih Johor bakal dilaksanakan di 57 lokasi sempena perayaan Aidilfitri untuk meringkan beban rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Kasap, Datuk Zahari Sarip. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar memaklumkan bahawa jualan tersebut akan dilaksanakan mulai 22 Mac sehingga 29 […]

» Baca lanjut

Kes Hina Agama: Dr Akmal Mahu Tindakan Sama Ke Atas Semua Pihak

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berharap hukuman setimpal dikenakan kepada mana-mana pihak yang mempersenda agama. Beliau berkata hukuman tersebut perlu dilaksana secara adil tanpa terkecuali kepada mana-mana individu. “Saya menyokong apabila tiga penyampai radio yang mempermainkan isu sensitif bagi penganut Hindu dikenakan tindakan. “Seperti kenyataan saya sebelum ini mengenai isu pak […]

» Baca lanjut

RUU Perkhidmatan Parlimen Titik Bersejarah, Kembalikan Kebebasan Institusi

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli berpandangan bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen bertepatan pada masanya bagi mengembalikan kebebasan Parlimen. Menurut beliau ia sekaligus membuktikan agenda Kerajaan Madani untuk melaksanakan reformasi institusi dengan pengasingan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman. “Melihat penggubalan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 ini sebagai suatu titik bersejarah yang mana kebebasan […]

» Baca lanjut

RUU Perkhidmatan Parlimen Perkukuh Institusi Demokrasi, Bina Pentadbiran Lebih Telus – Azalina

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menyifatkan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen sebagai usaha yang membawa signifikasi besar kepada demokrasi berparlimen di Malaysia. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata dengan kembalinya Perkhidmatan Parlimen, ia bukan sahaja mengembalikan autonomi institusi Parlimen, tetapi juga memperkukuh prinsip pemisahan […]

» Baca lanjut
1 53 54 55 56 57 1,840