Isu Qunut Nazilah: Mohd Puad Bidas Kenyataan MP Jasin

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail mengenai isu Qunut Nazilah. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menegaskan bahawa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal digantung selama enam bulan kerana melanggar peraturan tetap Dewan Rakyat. “Pelik jawapan Ahli […]

» Read more

UMNO Bukit Bintang Struktur Gerak Kerja, Jadi Hub Pengundi Luar Untuk Parlimen Tumpuan

KUALA LUMPUR, 23 Julai – UMNO Bukit Bintang telah melaksana penstrukturan gerak kerja politik yang bakal meletakkan bahagian terbabit sebagai hub untuk pengundi luar bagi parlimen tumpuan. Ketuanya, Datuk Tengku Azman Zainol Abidin berkata cadangan program penstrukturan gerak kerja ini telah diangkat ke Perhubungan UMNO Negeri dan ke UMNO Pusat serta akan mula dilakukan percubaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) […]

» Read more

UMNO Telah Berubah, Buka Banyak Peluang Kepada Orang Muda – Dr Akmal

SHAH ALAM, 23 Julai – UMNO dilihat telah melakukan perubahan dengan membuka lebih banyak peluang kepada orang muda untuk menerajui parti selepas mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, agenda yang dibawa oleh para pemimpin dan akar umbi pada hari ini adalah untuk memperkukuhkan UMNO. “Kita sebagai pemimpin […]

» Read more

‘Anak Bossku Jumpa PN’: Pertemuan Dongeng Itu Tidak Pernah Berlaku – Nizar

KUANTAN, 23 Julai – Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang Datuk Mohamad Nizar Mohamad Najib menafikan sekeras-kerasnya desas-desus yang menyatakan beliau telah berjumpa dengan pemimpin-pemimpin pembangkang untuk jatuhkan kerajaan negeri. Tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya itu, pertemuan dongeng tersebut tidak pernah berlaku sama sekali. “Ayahanda Dato’ Sri Najib selalu berpesan walau bagaimana susah pun […]

» Read more

Belanjawan Johor 2024: Kerajaan Negeri Komited Pastikan Rakyat Dapat Kediaman Selesa

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Kerajaan negeri komited dan sentiasa menitikberatkan penyediaan kediaman yang selesa buat Bangsa Johor terutamanya bagi golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar dan kurang berkemampuan. Menerusi Belanjawan Johor 2024, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM32 juta bagi inisiatif Bina Baharu Rumah melibatkan 328 unit dan RM22.79 juta bagi inisiatif Baik […]

» Read more

Santuni Rakyat, Jeffery Nor Realitikan Kesinambungan Khidmat Bakti UMNO Tanpa Henti

BATU SAPI, 23 Julai – UMNO merealitikan ungkapan sentiasa bersama rakyat apabila meneruskan khidmat bakti dengan menyantuni mereka yang dilanda musibah selain kunjungan ziarah kasih kepada masyarakat. Pengarah Jentera Pilihan Raya Negeri Sabah, Jeffery Nor Mohamed yang juga Pengerusi FELCRA Balingian Plantation Sdn Bhd telah turun padang ke tapak sementara tadika Kafa di Kampung Gas, di sini bagi menyampaikan sumbangan […]

» Read more

Pelantikan YDP Dewan Negara Baharu: Azalina Ucap Tahniah Kepada Awang Bemee

KUALA LUMPUR, 23 Julai –  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengucapkan tahniah kepada Senator Datuk Awang Bemee Ali Basah yang telah dilantik sebagai sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara, pada Isnin. Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata, pelantikan tersebut menjadi bukti kepada kesinambungan komitmen Kerajaan Madani mengiktiraf suara para perwakilan […]

» Read more

Menuju PRU ke-16: Akar Umbi Perlu Galas Perlaksanaan Dasar Parti – Arman Azha

SHAH ALAM, 23 Julai – Akar umbi UMNO perlu menggalas pelaksanaan dasar parti sekiranya mahukan kembali dominan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Arman Azha Abu Hanifah berkata, asas perjuangan parti seharusnya diterapkan dalam diri setiap ahli dan akar umbi agar ia sentiasa menjadi pegangan. “Apabila saya menjadi Ketua UMNO Bahagian Subang pada penggal pertama, […]

» Read more

PRK Nenggiri: Veteran UMNO Seru Penyokong Pas Tolak Calon Bersatu, Cukuplah Jadi ‘Kuli Batak’

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub menyeru penyokong Pas supaya menolak calon Bersatu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang bakal diadakan 17 Ogos depan. Katanya, keputusan Bersatu yang akan menggunakan lambang Pas dalam PRK Nenggiri jelas membuktikan parti itu tidak mampu bertandiing atas logo sendiri dan terpaksa menumpang Pas. […]

» Read more

UMNO Bukit Mertajam Tumpu Dua Isu Rakyat, Video Festival Georgetown Dan Kenaikan Tarif Air

BUTTERWORTH, 22 Julai – Persidangan UMNO Bahagian Bukit Mertajam memberi tumpuan kepada dua isu yang dekat di hati rakyat negeri Pulau Pinang. Kata Ketuanya Datuk Musa Sheikh Fadzir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, ia berkenaan kemelut ketiadaan kebudayaan Melayu di dalam video ‘teaser’ Festival Georgetown 2024 dan kenaikan tarif air di negeri itu bermula Februari tahun […]

» Read more
1 377 378 379 380 381 1,964