Terimalah Hakikat Bekerjasama Adalah Cara Terbaik Untuk Masa Depan UMNO – Ahmad Zahid

KUALA KANGSAR, 8 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta akar umbi parti untuk menerima hakikat bahawa bekerjasama dengan parti-parti politik adalah cara terbaik bagi memastikan kelangsungan UMNO dan Barisan Nasional (BN). Katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri, dalam politik tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada juga musuh yang kekal. “Dalam politik mana ada […]

» Read more

‘Warna Merah, Biru PN Tiru UMNO/BN Semata-mata Mahu Kelirukan Rakyat’ – Ab Rauf

KOTA MELAKA, 8 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri  Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menempelak parti lawan, Perikatan Nasional (PN) yang meniru UMNO dan Barisan Nasional (BN) semata-mata untuk mengelirukan rakyat. Menurut Rauf, ini termasuk identiti parti seperti nama dan warna parti yang digunakan menyamai UMNO/BN. “PN ini semua tiru kita… dulu parti Perikatan kemudian tukar Barisan Nasional […]

» Read more

Johari Ingatkan Perkuat Kembali UMNO, Jangan Salahkan Mana-mana Pihak Bila Lemah

KEPALA BATAS, 8 Julai – “Jangan salahkan mana-mana pihak atau salahkan mana-mana parti politik jika UMNO lemah dan kalah sebaliknya salahkan diri kita sendiri.” Demikian tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kepala Batas, Ahad. Ujar beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, sewaktu UMNO kuat, rakan-rakan dalam komponen Barisan Nasional (BN) […]

» Read more

UMNO Bukan Parti Jalanan… Lahir Atas Semangat Perjuangan Suci Demi Agama, Bangsa, Negara

PUTRAJAYA, 8 Julai – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan mengingatkan anggota parti khususnya golongan muda agar menghayati perjuangan dan penubuhan UMNO yang ditubuhkan lebih 78 tahun lalu. Katanya yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Putrajaya, penubuhan UMNO adalah berteraskan perjuangan suci demi agama, bangsa dan negara. “UMNO ini bukan parti yang ditubuhkan di jalanan, ia bukan […]

» Read more

Kukuhkan Solidariti, Rapatkan Saf Demi Perjuangan Parti – Ahmad Jazlan

PASIR PUTEH, 8 Julai – Kekuatan UMNO terletak pada solidariti dan kesetiaan akar umbi untuk terus bersama berjuang dan seterusnya memperkasakan parti, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob. Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan seterusnya turut menasihati jentera parti agar menyahut cabaran dan tanggungjawab yang dipikul untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Kecil […]

» Read more

UMNO Lahirkan Pemimpin Hebat, Teruskan DNA Pastikan Parti Sentiasa Jadi Pelopor Perjuangan – Johari

KEPALA BATAS, 8 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan bahawa UMNO adalah parti yang banyak berjasa sejak penubuhannya pada tahun 1946 sehingga ke hari ini malah telah lahirkan ramai pemimpin Melayu yang hebat-hebat bagi menerajui negara dan selesaikan permasalahan rakyat. Ujarnya, biarpun parti ini mempunyai sejarah gemilang dan apa juga kejayaan yang lepas-lepas tapi paling […]

» Read more

Wanita UMNO Segamat Tekad Kembalikan Kepercayaan Masyarakat – Norshida

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Wanita UMNO Segamat bertekad untuk mengembalikan sebaiknya kepercayaan masyarakat terhadap parti berkenaan. Ketuanya, Datuk Norshida Ibrahim berkata pelbagai usaha sedang dilakukan dan apa yang penting masing-masing perlu mengekalkan permuafakatan yang sedia ada dalam usaha memperkemaskan lagi usaha tersebut. Menurut beliau Wanita bukan sahaja  setia terhadap perjuangan berkenaan malah terbukti adalah mereka yang cekal  dan mengekalkan […]

» Read more

Rasional Depani Realiti Hari Ini, Senario Politik Makin Berubah – Ahmad Zahid

KOTA MELAKA, 7 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap akar umbi parti di Melaka untuk rasional mendepani realiti politik pada ketika ini, terutamanya dalam mendepani pilihan raya akan datang. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk kerusi Parlimen di negeri ini tidak memihak kepada UMNO/Barisan Nasional […]

» Read more

Kenalpasti Calon Pilihan Raya Lebih Awal – Mohamad

SEREMBAN, 7 Julai – UMNO bahagian disarankan mengenal pasti calon berpotensi untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal supaya mereka dapat menyesuaikan diri dan mula mendekati rakyat, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. “Sepatutnya dalam tempoh dua tahun ini, setiap bahagian mengenal pasti dua atau tiga individu berpotensi untuk dinamakan sebagai calon. Minta dia bekerja supaya […]

» Read more

Jangan Sesekali Mengalah…Kita Sama-Sama Terus Bergerak Ke Depan – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Ketua UMNO bahagian Lumut, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melihat parti itu perlu terus melangkah ke depan  dan jangan sesekali mengalah. Menerusi perkongsian di Facebooknya, beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) seterusnya berkata mahu tidak mahu parti itu perlu terus melangkah dan mesyuarat Wanita, Pemuda, Puteri serta UMNO bahagian berkenaan hari ini  […]

» Read more
1 321 322 323 324 325 1,897