Keluasan Tanah Rizab Melayu Di Pahang Meningkat – Wan Rosdy

KUANTAN, 6 Dis – Keluasan tanah rizab Melayu semasa di Pahang ialah 444,074 hektar, 12.34 peratus daripada keluasan negeri ini iaitu lebih 3,597,206 hektar, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Beliau memaklumkan jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun 1955 yang merekodkan sebanyak 218,326 hektar iaitu hanya enam peratus daripada keluasan Pahang. “Justeru, tanah rizab Melayu dilihat menunjukkan […]

» Read more

AURA: Ahmad Zahid Galak Usahawan MARA Manfaatkan Kepengerusian ASEAN

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggalakkan para usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk memanfaatkan peluang memperkenalkan produk mereka sempena kepengerusian ASEAN pada tahun hadapan. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, Majlis Anugerah Usahawan MARA (AURA) 2023/2024 diadakan untuk mengiktiraf usaha dan kejayaan usahawan MARA dan untuk menyuntik semangat mereka. “Malam tadi, […]

» Read more

Ahli BN Perlu Bersikap Rasional, Depani Realiti Politik Hari Ini – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berpandangan ahli parti perlu bersikap rasional dan tidak hanya berada dalam dunia sendiri atau echo chamber yang sekaligus menafikan realiti politik hari ini. Menurut beliau sikap sebegini hanya kerana merasakan kelompok yang dinaungi dalam keadaan terbaik tanpa mengambil kira pandangan lain. “Jangan terperangkap dalam […]

» Read more

Konvensyen BN Manifestasi Mengukuh Parti Depani Dinamika Politik

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Nurul Ashikin Mohamad Rafi menyifatkan konvensyen Barisan Nasional (BN) sempena ulang tahun BN ke-50 pada Sabtu ini manifestasi kepada memperkukuh parti gabungan ini mendepani dinamika politik mendatang. Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Wangsa Maju berkata ia juga sebagai penyatuan dalam menggorak langkah kebersamaan terutama dalam mendepani Pilihan […]

» Read more

RCI Batu Puteh: Siasat Segera Tun M, Jual Kedaulatan Negara Mesti Dihukum Berat – Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dipandang serius. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan […]

» Read more

KDN Komited Banteras Jenayah Rentas Sempadan – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited dalam membanteras jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand seperti aktiviti pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah, senjata api dan barang bersubsidi. Timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, beberapa langkah telah diambil untuk memberi fokus bagi memantapkan lagi keselamatan di sempadan negara. “KDN selaku kementerian yang menerajui aspek keselamatan dalam negeri dan […]

» Read more

Penarikan Semakan Penghakiman Kes Batu Puteh, Bukan Keputusan Jemaah Menteri – RCI

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mendapati tindakan diambil Peguam Cara Negara yang memaklumkan kepada Singapura bahawa Malaysia tidak berhasrat meneruskan Permohonan Semakan dan Permohonan Tafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan bukan berdasarkan keputusan Jemaah […]

» Read more

Banjir: Jalaluddin Rakam Terima Kasih Kepada Semua Pihak

SEREMBAN, 5 Dis – Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam operasi menyelamat mangsa banjir di Negeri Sembilan baru-baru ini. Dalam kenyataan ringkas di Facebook miliknya, Jalaluddin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah bertungkus lumus membantu dalam operasi berkenaan. Jalaluddin turut memuatnaik satu info grafik berkaitan kejadian […]

» Read more

Skandal Sabah Mineral Management: Bukan Soal Politik, Tapi Tanggungjawab Kepada Rakyat – Suhaimi

KOTA KINABALU, 5 Dis – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa skandal rasuah Sabah Mineral Management Sdn Bhd yang melibatkan kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan sekadar isu politik, tetapi soal tanggungjawab moral kepada rakyat Sabah. Sehubungan itu, beliau menyeru Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, untuk segera meletakkan jawatan demi memulihkan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran […]

» Read more

Penubuhan Suruhanjaya Perundangan Dan Undang-Undang Perlu Penelitian Mendalam – Azalina

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam terutama melibatkan dua faktor utama, iaitu kos dan duplicity. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata dalam aspek duplicity misalnya, Jabatan Peguam Negara (AGC) sudah mempunyai bahagian atau jabatan penyemakan dan pembaharuan undang-undang tersendiri. “Mereka […]

» Read more
1 220 221 222 223 224 1,939