Pencapaian Kerajaan Negeri Pahang Bukti BN Cekap Memerintah – Shahaniza

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Segala pencapaian yang dikecapi oleh Kerajaan Negeri Pahang menjadi bukti kecekapan pemerintahan Barisan Nasional (BN) di negeri tersebut. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Shahaniza Shamsudin menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan bahawa Konvensyen BN Negeri Pahang yang berlangsung pada Ahad telah dihadiri lebih 1,500 pemimpin parti-parti komponen. “Konvensyen Barisan Nasional Negeri Pahang […]

» Baca lanjut

Pusat Khidmat Parlimen Beaufort Lancar Program Jelajah Prihatin Bantu Rakyat – Siti Aminah

BEAUFORT, 29 Okt – Dalam usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan khususnya di kawasan Parlimen Beaufort, Pusat Khidmat Parlimen Beaufort dengan sokongan UMNO bahagian tempatan telah melancarkan Program Jelajah Prihatin 2024. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching pada Khamis lalu bertempat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kota Klias yang melibatkan seramai 220 orang golongan […]

» Baca lanjut

Kerajaan Gubal Akta Baharu Berkaitan Pekerja Gig – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 29 Okt – Satu akta baharu berkaitan pekerja gig akan digubal dalam usaha melindungi kebajikan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi. Beliau berkata, pembentangan rang undang-undang (RUU) itu akan dibuat Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung, setelah selesai sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025. “Antara elemen terkandung dalam akta ini ialah jaringan […]

» Baca lanjut

Shamsulkahar Mohon Kerajaan Baik Pulih Gerai, Kompleks Sukan Jempol

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berharap kerajaan dapat memberikan perhatian terhadap pembinaan baru gerai Simpang Empat Bandar Seri Jempol bagi menggantikan gerai sedia ada yang telah lama dan uzur beroperasi sejak 1983. Beliau berkata imej gerai Simpang Empat ini perlu dijaga kerana terletak di lokasi strategik iaitu berhampiran dengan Dataran Sri Jempol yang […]

» Baca lanjut

Bajet 2025: Bukti Komitmen Kerajaan Perkasa TVET, Hadapi Cabaran Industri Masa Hadapan – Manndzri

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib berpandangan peningkatan peruntukan sebanyak RM7.5 bilion berbanding RM6.8 bilion tahun lalu satu sebagai komitmen jelas kerajaan dalam memperkukuh pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Menyifatkan sebagai game changer, beliau berkata ia sebagai pemacu utama dalam melahirkan generasi muda bagi mempersiap tenaga kerja mahir tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap […]

» Baca lanjut

‘Blue Print The Greater Kedah’: Jelas Kerajaan Sanusi Ketandusan Idea, Jual Ilusi Dan Mimpi – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 28 Okt – UMNO Kedah melihat ‘Blue Print The Greater Kedah’ yang dilancarkan semalam hanyalah sebuah dokumen ‘ciplak’ dan jelas Menteri Besar dan Barisan Exco negeri terbabit sudah ketandusan idea. Ketua Penerangannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata berdasarkan penilaian awal, 90 peratus daripada penyata perancangan pembangunan ternyata diambil daripada perancangan berimpak tinggi Kerajaan Persekutuan yang ditunjangi UMNO […]

» Baca lanjut

Situasi Semasa Sabah Terkawal, Tingkat Operasi Aset Dan Penguatkuasaan Keselamatan – Shamsul Anuar

  KUALA LUMPUR, 28 Okt – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata kerajaan melalui pasukan keselamatan negara seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) sentiasa komited untuk memelihara kedaulatan dan meningkatkan keselamatan serta ketenteraman awam di negeri Sabah. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO […]

» Baca lanjut

Konvensyen BN Pahang… Medium Salur Perkhidmatan Terbaik Kepada Rakyat – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 28 Okt – Konvensyen Barisan Nasional (BN) Pahang penting untuk parti terus bergerak aktif dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Naib Presiden UMNO menzahirkan rasa bangga dengan penyertaan seluruh pemimpin dan ahli BN Negeri Pahang serta peringkat pusat yang hadir […]

» Baca lanjut

KBS Bantu Inisiatif Pembangunan Bakat Sukan Badan Beruniform – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju supaya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) menjalinkan kerjasama strategik dengan badan beruniform secara berperingkat dalam usaha membangunkan industri sukan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh beliau, pada Isnin. Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Menteri Belia […]

» Baca lanjut

Pengumuman Calon UMNO/BN PRN Sabah: Cabaran Dan Amanah Yang Perlu Digalas Berpasukan – Jeffery Nor

PUTATAN, 28 Okt – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed menyifatkan pengumuman secara terbuka Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mengumumkan nama beliau sebagai calon UMNO/Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang merupakan satu cabaran, amanah serta tanggungjawab yang perlu digalas. Sambil mengakui beliau […]

» Baca lanjut
1 206 207 208 209 210 1,892