ADUN Sungai Sibuga Meninggal Dunia

KOTA KINABALU, 20 Jan – Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Mohd Hamsan Awang Supain meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital Pakar KPJ, di sini, malam tadi. Mohd Hamsan, 66, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.20 malam tadi. Berita itu dikongsikan ahli keluarga dan rakan terdekat Allahyarham […]

» Read more

Majlis TVET Melaka Perluas Kerjasama Industri, Beri Lebih Banyak Peluang

JASIN, 19 Jan – Kerajaan negeri menerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Melaka akan memperluas jaringan kerjasama dengan pihak industri bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada graduan dan belia di negeri ini. Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidirah Abu Zahar berkata setakat ini lebih 30 syarikat di Melaka aktif dalam melaksanakan Kursus Induksi […]

» Read more

Kerajaan MADANI ‘Buta Warna’ Laksana Program Kepada Rakyat

GEORGE TOWN, 19 Jan – Kerajaan MADANI ‘buta warna’ dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata sebagai contoh empat negeri pembangkang menerima peruntukan lebih besar daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berbanding negeri-negeri yang dikuasai oleh Kerajaan MADANI. […]

» Read more

Malaysia Atur Hantar Pulang 127 Rakyat Palestin Dalam Tempoh Gencatan Senjata – Zahid

GEORGETOWN,19 Jan –  Kerajaan sedang mengatur penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang dibawa ke Malaysia sebelum ini bagi menerima rawatan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet minggu lalu dan penghantaran pulang mereka sedang diuruskan Kementerian Luar […]

» Read more

Khabar Gembira, Nur Nasuha Ditawar Ke MRSM Pasir Tumboh-Dr Asyraf

KUALA LUMPUR,19 Jan – Pelajar, Nur Nasuha Mohd Nusi, 13, yang pernah tular kerana tercicir daripada menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (UKKM) berikutan keluarga tiada kenderaan kini lulus dengan cemerlang dan ditawarkan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pasir Tumboh, Kelantan. Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. […]

» Read more

ASEAN Pacu Perjalanan Sendiri Di Tengah Persaingan Kuasa Besar – Mohamad

LANGKAWI, 19 Jan – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Sabtu menegaskan bahawa ASEAN akan terus memacu perjalanannya sendiri di tengah-tengah persaingan kuasa besar yang semakin meningkat di rantau ini. Dengan kedudukan geostrategik, kepelbagaian budaya dan kekuatan ekonomi, Mohamad berkata, Asia Tenggara mempunyai potensi yang amat besar. “Satu soalan yang sering ditanya adalah mengenai jawatan presiden AS yang akan […]

» Read more

PPBM Tak Sedar Diri Cuba Dominasi PN, Sepatutnya Calon Perdana Menteri Daripada Pas – Azhari

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berpandangan calon Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN) wajar diberikan kepada Pas. Menurut beliau ini kerena Pas memenangi lebih banyak kerusi daripada PPBM. Respon Azhari itu diberikan ekoran kenyataan daripada beberapa pemimpin daripada PN termasuk Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyebut beberapa […]

» Read more

Suatu Pembaziran Jika ASEAN Gagal Kerjasama Mendepani Cabaran Global – Mohamad

LANGKAWI, 18 Jan  – Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, itu menjadi nada utama yang ditekankan Malaysia sepanjang kepengerusiannya tahun ini. Mohamad berkata demikian selepas mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatannya dari Thailand, Maris Sangiampongsa di sela Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di sini hari ini. Sesi […]

» Read more

Muafakat Dan Kerjasama Bentuk Kejayaan Pelajar, Seimbang Kejayaan Dunia Dan Akhirat – Rais

TANGGA BATU, 18 Jan – Aspek pendidikan merupakan salah satu perkara yang perlu dititiberatkan dalam usaha meningkatkan kemajuan diri para pelajar sekaligus mampu meningkatkan kejayaan keluarga pada masa depan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin berkata begitu juga soal pendidikan agama yang perlu seimbang dengan kejayaan akademik dan atas dasar itulah perkara berkenaan sering diingatkan kepada […]

» Read more

Titah Adendum: UMNO Sebuah Parti Yang Terbukti Mendaulatkan Titah Agong – Zawawi

KUALA LUMPUR, 18 Jan – UMNO adalah sebuah parti yang sentiasa menjunjung dan mendaulatkan titah Yang di-Pertuan Agong terutamanya dalam isu Titah Adendum mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman berkata, mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu termaktub di dalam Perlembagaan parti dan ia sentiasa menjadi pegangan para pemimpin serta ahli. “Kita jadi kerajaan […]

» Read more
1 186 187 188 189 190 1,936