Ziarah Kasih Komitmen UMNO Putrajaya, Teruskan Tradisi Berkhidmat Demi Rakyat

PUTRAJAYA, 22 Nov – Dalam usaha memperkukuh tradisi kebajikan yang menjadi teras perjuangan UMNO, Ketua Wanita UMNO Bahagian Putrajaya merangkap Pengerusi Biro Kebajikan, Husna Abdul Rahaman, terus menunjukkan komitmen beliau terhadap kesejahteraan masyarakat setempat. Mewakili Ketua Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, beliau meneruskan gerak kerja program Ziarah Kasih yang diadakan bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro Kebajikan UMNO […]

» Baca lanjut

Fasa Pertama Menjelang PRN Sabah Terus Diperkasakan – Musliati

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Usaha pengukuhan dan penerangan gerak kerja kepada kepimpinan di peringkat cawangan UMNO Bahagian Kota Kinabalu bukan sahaja diteruskan seperti biasa malah terus diperkasakan. Apatah lagi menurut Ketuanya, Musliati Moslimin menjelangnya Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang sudah pastilah pelbagai persiapan perlu dilakukan di pelbagai peringkat bagi melicinkan gerak kerja kelak. Kata beliau fasa pertama […]

» Baca lanjut

Dua Tahun Kerajaan Perpaduan: Sokongan UMNO Demi Kestabilan Politik, Kemakmuran Negara

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Nurul Ashikin Mohamad Rafi menyifatkan UMNO memainkan peranan penting dalam memberi kestabilan kepada Kerajaan Perpaduan yang sudah menjangkau ke dua tahun pentadbirannya. Beliau yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Wangsa Maju berkata ia sudah tentunya membawa manifestasinya tersendiri dalam meraih sokongan orang Melayu kepada parti melalui agenda rakyat […]

» Baca lanjut

‘Terjah Untuk Pastikan Setiap Sen Duit Rakyat Dibelanjakan Dengan Betul’ – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook menyifatkan cara kerjanya yang acap kali turun padang sebagai amanah beliau dalam menggalas tugas sebagai pemimpin. Malah beliau yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), ini termasuk kehadirannya ke setiap sekolah dan institut di bawah agensi itu dalam keadaan baik bagi memastikan para […]

» Baca lanjut

Azalina Teruskan Gerak Kerja, Hadiri NPO Kebangsaan Perkasa Amalan Tadbir Urus

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Sekembalinya ke tanah air setelah lawatan kerja ke China, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said meneruskan gerak kerja dengan menghadiri Simposium Non Profit Organisation (NPO) Kebangsaan 2024. Beliau yang hadir bagi merasmikan program itu memaklumkan ia bagi memperkasa amalan tatakelola dan tadbir urus yang baik oleh NPO. […]

» Baca lanjut

Cakna Kami Kepada Masyarakat Bukanlah Bermusim

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pelbagai program yang diatur serta dilaksanakan Wanita UMNO Segamat baik secara berkala mahupun tidak bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat setempat malah memberi ruang untuk bertanya khabar secara dekat. Itulah antara rutin Wanita UMNO bahagian yang diterajui Datuk Norshida Ibrahim yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Johor. Menerusi perkongsiannya bersama UMNO-Online, Norshida bersama pimpinan setempat […]

» Baca lanjut

TVET Tawar Pelbagai Bidang, Punyai Kebolehpasaran Tinggi – Azman

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menawarkan pelbagai bidang dan mempunyai peratus kebolehpasaran graduan yang tinggi, kata Penyelaras TVET untuk Sekretariat Majlis TVET Negara, Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez. Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, program TVET yang ditawarkan turut melibatkan 12 kementerian dan agensi dengan 1,398 institusi di seluruh negara. “Di […]

» Baca lanjut

Perpaduan Jadi Kunci Kebangkitan UMNO Dalam Kerajaan, Teruskan Perjuangan – Dr Khairuddin

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Kerajaan Perpaduan harus dipertahankan kerana ia menjadi satu formula baharu untuk UMNO menerajui kerajaan dan usaha parti untuk bangkit dari kekalahan pada pilihan raya lalu, kata Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO Malaysia, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Beliau yang juga Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri 1 berkata, kebersamaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan adalah […]

» Baca lanjut

Inisiatif Besar Belanjawan Johor 2025 Untuk Pembangunan Perumahan Dan Kesejahteraan Rakyat – Mohd Jafni

JOHOR BAHRU, 21 Nov – Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata Belanjawan Johor 2025 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bukanlah sekadar belanjawan, tetapi perancangan dan pelaksanaan inisiatif yang bertujuan mencipta masa depan yang lebih baik. Katanya, belanjawan ini menyentuh pelbagai aspek penting seperti pembangunan ekonomi, pendidikan, kesihatan, perumahan mampu milik, infrastruktur, […]

» Baca lanjut

Siti Aminah Mohon KKR Selesaikan Masalah Kelewatan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Di Sabah

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching memohon agar Kementerian Kerja Raya (KKR) menyelesaikan masalah kelewatan projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo melibatkan kawasan Membakut dan Beaufort ke Sipitang. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, isu jalan raya di Sabah amat kritikal dan perlu diberikan perhatian oleh KKR agar tidak berlaku […]

» Baca lanjut
1 183 184 185 186 187 1,888