5 RUU Dibawa Ke Sidang Dewan Rakyat Akan Datang

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Bacaan kali kedua dan ketiga bagi lima Rang Undang-Undang (RUU) dalam senarai aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan dan akan dibawa ke persidangan akan datang. Mengemukakan usul itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata RUU tersebut adalah Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020; Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan […]

» Read more

Vaksin Pfizer Berkesan 95 Peratus – MOSTI

KUALA LUMPUR,17 Dis – Pemilihan vaksin COVID-19 keluaran syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer adalah berdasarkan laporan interim ujian klinikal yang menunjukkan keberkesanan vaksin adalah 95 peratus dalam mencegah jangkitan wabak itu, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata laporan itu telah diterbitkan di The New England Journal of Medicine pada 10 Dis lalu, malah […]

» Read more

Bekalan Vaksin, Tumpuan Hari Terakhir Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Perihal berkaitan bekalan vaksin COVID-19 dari syarikat farmaseutikal antarabangsa Pfizer, antara tumpuan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang akan diajukan Lim Guan Eng (PH-Bagan) kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berhubung kos, keberkesanan, dan liputan vaksin, khususnya tempoh imuniti serta […]

» Read more

SPR Akur Proklamasi Darurat Bagi PRK Parlimen Gerik, DUN Bugaya

PUTRAJAYA, 16 Dis – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akur dengan pengisytiharan Proklamasi Darurat berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, kata Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh. Pengisytiharan Proklamasi Darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan itu membolehkan suatu ordinan dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh yang telah […]

» Read more

Penjawat Awam Negeri Perak Terima Bonus Sebulan Gaji

IPOH, 16 Dis – Kerajaan negeri mengumumkan pemberian bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak sebulan gaji kepada semua penjawat awam negeri yang akan dibayar, pada hujung bulan ini. Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata BKK itu merupakan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan dan komitmen penjawat awam sebagai tulang belakang pentadbiran yang melaksanakan tugas dengan amanah tanpa mengira waktu. “Selain itu, […]

» Read more

Agong Isytihar Darurat Di Parlimen Gerik, DUN Bugaya – PM Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, sekali gus membatalkan dan menangguhkan pilihan raya kecil (PRK) dua kerusi berkenaan. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Seri Paduka bertitah demikian selepas memperhalusi penjelasan beliau yang menyembah […]

» Read more

RUU Perbekalan 2021 Dibentangkan Untuk Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Rang Undang-undang Perbekalan 2021 hari ini dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dengan pindaan yang diluluskan di Dewan Rakyat petang semalam. Tengku Zafrul memaklumkan pindaan itu melibatkan Fasal 2 dalam teks bahasa Kebangsaan dan teks bahasa Inggeris Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 iaitu perkataan RM164,151,656,800 […]

» Read more

Perbelanjaan Rawatan, Vaksin COVID-19 Dapat Pelepasan Cukai – MoF

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Kos perbelanjaan rawatan dan vaksin COVID-19 bagi ibu bapa boleh mendapat pelepasan cukai di bawah perbelanjaan membiayai rawatan perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah berkata pelepasan cukai pendapatan bagi individu boleh dituntut sehingga jumlah maksimum RM8,000. Jelasnya, pelepasan cukai sebanyak RM1,000 […]

» Read more

COVID-19: SPR Akan Tambah Pusat Daerah Mengundi, Saluran Mengundi Jika PRU15 Diadakan

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menambah pusat daerah mengundi dan saluran mengundi bagi menggalakkan rakyat supaya keluar mengundi sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan dalam suasana kebiasaan baharu berikutan pandemik COVID-19. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Shabudin Yahaya berkata perkara itu akan dilaksanakan bagi mengatasi kebimbangan dalam kalangan pengundi […]

» Read more

Mohamad Ali Dimasyhur Sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara

KUALA LUMPUR, 16 Dis – Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dimasyhur sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara hari ini. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Mohamad Ali, 56, merupakan calon tunggal yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Terdahulu, usul pencalonan Mohamad Ali dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan yang […]

» Read more
1 … 1,822 1,823 1,824 1,825 1,826 … 2,372