Kukuhkan Kerjasama, Jangan Beri Ruang Pihak Lawan ‘Tangguk Di Air Keruh’

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu memberi fokus untuk memperkukuhkan kerjasama dan tidak membiarkan sebarang isu yang menyentuh sensitiviti kepartian berlarutan. Ketua Penerangan UMNO Negeri Selangor, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain berkata, ini bagi mengelakkan pihak lawan menggunakan isu tersebut sebagai senjata politik mereka. “Sebagai pemimpin UMNO dalam Kerajaan Perpaduan, saya berpandangan ada beberapa langkah […]

» Baca lanjut

Terima Kasih TPM, KKDW… Bantu Golongan Miskin Terima Rumah Percuma PPRS

LENGGENG, 26 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin menzahirkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang meluluskan rumah untuk rakyat termiskin 2024 di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS). Menurut beliau, rumah PPRS ini diberikan secara percuma kepada golongan miskin yang layak, dan ini merupakan satu […]

» Baca lanjut

‘Biarlah Mahasiswa Bawa Obor Perubahan Dengan Akal, Budi… Bukan Kekacauan Di Jalanan’

KOTA KINABALU, 26 Dis – Bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah, Datuk Ir Abdul Aziz Julkarnain mengharapkan agar mahasiswa membawa obor perubahan dengan akal dan budi, bukan melalui kekacauan di jalanan. Ini kerana katanya, hasrat dua kumpulan untuk berhimpun dalam masa yang terdekat dengan membawa ideologi berbeza perlu mengambil langkah bijaksana seperti mengadakan dialog. “Di saat dua kumpulan berhasrat berhimpun […]

» Baca lanjut

Mohd Shahar Akan Pastikan Setiap Isu Yang Dibangkitkan Mendapat Perhatian Serius

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Ahli Parlimen Paya Besar merangkap Ketua UMNO bahagian Datuk Mohd Shahar Abdullah mengetengahkan pelbagai isu, aduan dan perkara berbangkit melibatkan kawasan itu dalam satu mesyuarat yang dihadirinya. “Saya akan memastikan bahawa setiap isu yang dibangkitkan mendapat perhatian serius daripada agensi dan jabatan yang berkaitan. “Mesyuarat seperti ini merupakan salah satu platform penting untuk memastikan suara […]

» Baca lanjut

Wanita UMNO Lakukan Ziarah Kasih, Zahirkan Sokongan Moral

DUNGUN, 26 Dis – Wanita UMNO bersama Skuad Sayang 3K telah menziarahi Ahli Jawatankuasa (AJK) Wanita UMNO Bahagian Dungun dan ahli keluarga yang memerlukan untuk menzahirkan sokongan moral serta emosi terhadap mereka. Kunjungan tersebut telah diadakan oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad bersama Komandan Skuad Sayang 3K Kebangsaan, Hisham Suhaily, Timbalan Komandan Skuad Sayang 3K Kebangsaan (Kebajikan), […]

» Baca lanjut

Selepas Kejayaan Di PRK, UMNO/BN Mahu Capai Lebih Kemenangan Pada 2025 – Ahmad

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan tahun 2024 membawa makna tersendiri kepada UMNO/Barisan Nasional (BN) yang mencipta kejayaan pada dua siri Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan Mahkota. Menurut beliau ia membawa harapan baharu kepada parti ini untuk mencapai lebih banyak kejayaan pada masa mendatang. “Tahun 2024 […]

» Baca lanjut

Waspada Fitnah… Akaun Facebook ‘Gema Biru’ Tidak Mewakili Pendirian Parti – Mohd Hafiz

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Mohd Hafiz Aziz menegaskan bahawa akaun Facebook ‘Gema Biru’ tidak mempunyai kaitan dan mewakili pendirian parti. Ini kerana katanya, sudah beberapa kali pemilik akaun tersebut bertindak membuat hantaran yang bersifat jahat dan mengelirukan terhadap UMNO Negeri Terengganu. “Sudah banyak kali pemilik akaun palsu ‘Gema Biru’ memuat naik hantaran bersifat […]

» Baca lanjut

Isu Pasang Bendera China Di Karnival Lampu LED: Penganjur Digesa Lebih Sensitif, Jangan Cetuskan Provokasi

BUKIT GAMBIR, 26 Dis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir Sahrihan Jani menasihatkan kepada penganjur dalam apa-apa jua program supaya lebih sensitif dengan budaya masyarakat. Selain itu tegasnya, setiap program yang dianjurkan tidak mencetuskan provokasi yang boleh mencetuskan kegelisahan masyarakat serta berhati-hati terutama dalam soal perpaduan dan keselamatan negara. “Terima kasih juga kepada semua yang mengambil pendekatan matang dalam […]

» Baca lanjut

TPM Ucap Takziah Kepada Keluarga Ahmad Feardaus

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga Naib Ketua UMNO Bahagian Gombak, Allahyarham Ahmad Feardaus Daud yang meninggal dunia, hari ini. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, Allahyarham Ahmad Feardaus atau lebih dikenali sebagai Dek Mat banyak menabur jasa untuk parti khususnya melalui Skuad Sabil dengan memberikan bantuan […]

» Baca lanjut

Hormati Perpaduan Dibina, Jaga Imej Parti – Mohamad Fadil

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Parti-parti yang membentuk kerajaan pada hari ini seharusnya menghormati dan sentiasa memelihara perpaduan dibina pasca-Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md Zin berkata, semua parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu terus berpegang kepada prinsip agar ia tidak mengganggu-gugat keharmonian kerjasama. “Pandangan saya mengenai isu yang hangat pada ketika […]

» Baca lanjut
1 150 151 152 153 154 1,885