Lebih 100 CCTV Pantau Pendatang Haram Berniaga Di Pasar Borong KL

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meningkatkan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan pendatang haram yang menjalankan perniagaan di Pasar Borong Kuala Lumpur menerusi pemasangan lebih 100 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan itu. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata CCTV dilengkapi ciri Kecerdasan Buatan dengan teknologi pengecaman wajah itu akan membolehkan kerja pemantauan […]

» Read more

Pengambilalihan Semula Lebuh Raya Dibangkitkan Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Isu berkaitan rundingan semula pengambilalihan konsesi lebuh raya di negara ini oleh pihak kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya antara perkara dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, isu itu terkandung dalam sesi soal jawab lisan diajukan oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) kepada Menteri Kanan Kerja Raya. […]

» Read more

COVID-19 : 1,096 Kes Baharu, Tiga Kematian – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Malaysia hari ini mencatatkan 1,096 kes baharu COVID-19, dengan Selangor terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 603 kes (55.0 peratus) dan diikuti Sabah dengan 311 kes (28.4 peratus). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka kes baharu hari ini menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 54,775 kes. Bagaimanapun, jumlah kes pulih melebihi kes […]

» Read more

381 Individu Ditahan Ingkar Arahan PKPP

KUALA LUMPUR, 22 Nov  — Seramai 381 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dengan 377 daripadanya dikompaun manakala empat individu direman, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Katanya, antara kesalahan mereka ialah berkenaan aktiviti di pusat hiburan (96), tidak memakai pelitup muka (80), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (69), gagal […]

» Read more

Tiga Kluster Baharu Dikenalpasti, Empat Diisytihar Tamat

PUTRAJAYA, 22 Nov – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tiga kluster baharu hari ini, manakala empat kluster diisytihar tamat, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Tiga kluster baharu berkenaan ialah Kluster Pengkalan Barat, Kluster Bakti dan Kluster Bayam Indah. Dr Noor Hisham berkata empat kluster diisytihar tamat adalah Kluster Kasih, Kluster Baiduri, Kluster Long dan Kluster Bestari. Memperincikan […]

» Read more

COVID -19: 1,041 Kes Baharu, Tiga Kematian – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Malaysia hari ini mencatatkan 1,041 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kes positif dalam negara sebanyak 53,679 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menurutnya ia menjadikan bilangan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 12,854 kes, manakala jumlah kes pulih hari ini adalah 1,405 kes menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sebanyak 40,493. Beliau […]

» Read more

Gagal Mematuhi Penjarakan Fizikal Rekod Kesalahan Tertinggi Ingkar PKPP

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal antara kesalahan tertinggi direkodkan semalam membabitkan 206 daripada 455 individu yang dikenakan tindakan atas kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah individu yang dikenakan tindakan semalam, 427 daripada mereka dikenakan kompaun,  27 direman dan seorang dibebaskan dengan jaminan. Kesalahan […]

» Read more

Kerajaan Kaji Bina Kuarters Pekerja Asing – Annuar

KUALA LUMPUR, 21 Nov –  Kerajaan akan mengkaji langkah mewujudkan kuarters untuk pekerja asing bagi mengelak penularan pandemik COVID-19 di tapak pembinaan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata bagi tujuan itu, pihaknya sedang berunding dengan beberapa kementerian lain dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). “Kadang kala, ada pekerja asing duduk di bangunan yang baru siap […]

» Read more

Melaka Pastikan Projek Tebatan Banjir Di Merlimau Dilaksanakan Tahun Depan

JASIN, 20 Nov – Kerajaan negeri Melaka akan memastikan projek tebatan banjir di Merlimau di sini khusus bagi penyelesaian banjir jangka panjang, dilaksanakan selewat-lewatnya tahun depan. Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata peruntukan RM36 juta bagi melaksanakan projek tebatan banjir itu telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan pada 2017, namun sehingga kini projek berkenaan masih belum dilaksanakan. Beliau berkata […]

» Read more

PKPB Di Empat Negeri Tamat Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu ditamatkan esok, ekoran penilaian risiko jangkitan COVID-19 yang berkurangan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata sebagaimana yang diumumkan sebelum ini mengenai penamatan PKPB di kebanyakan negeri, keputusan dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan kepada trend […]

» Read more
1 1,388 1,389 1,390 1,391 1,392 1,952