PdPR: Ahmad Maslan Bimbang Pelajar B40 Keciciran, Kerajaan Mesti Bertindak…

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan mesti bertindak untuk menyelesaikan masalah yang timbul akibat kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pengisytiharan darurat. Ini katanya akan menyebabkan pelajar-pelajar terutama golongan B40 akan keciciran dalam pendidikan manakala pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) memerlukan […]

» Read more

Malaysia Catat Kes Kematian COVID-19 Berturut-Turut, Tujuh Dilapor Hari Ini

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Malaysia terus merekodkan kes kematian akibat COVID-19 lebih dua minggu berturut-turut sejak 1 Jan lepas, dengan tujuh kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negara ini, sebanyak 601 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tujuh kes kematian terbaharu itu melibatkan tiga pesakit di Selangor, dua di Johor […]

» Read more

Masih Ada Yang Degil, Kesalahan Rentas Negeri Dan Daerah Kian Meningkat

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Biarpun rentas negeri dan daerah tidak dibenarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, masih ada dalam kalangan rakyat negara ini yang   berdegil  apabila jumlah mereka ditahan kerana kesalahan itu meningkat kepada 66 individu semalam daripada  32 orang dua hari lepas Memasuki hari kelima PKP, kesalahan itu menjadi antara kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) […]

» Read more

Pandemik COVID-19 : Rakyat Perlu Terus Dibantu – Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Jan – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa dukacita dengan perkembangan terkini COVID-19 apabila semalam mencatatkan jumlah mereka yang dijangkiti cukup tinggi iaitu sebanyak 4,029 kes. Menurut beliau jumlah tersebut adalah kes tertinggi pernah direkodkan walaupun selepas beberapa hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan. Jelas beliau PKP yang sepatutnya mengurangkan jumlah jangkitan […]

» Read more

PKP: 32 Ditahan Rentas Negeri Tanpa Kebenaran – Ismail Sabri 

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Biarpun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki hari keempat hari ini, namun masih ada mereka yang ingkar larangan merentas negeri dan daerah apabila 32 individu ditahan atas kesalahan itu, semalam. Angka itu adalah sebahagian daripada 472 individu yang ditahan pihak polis atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKP ditetapkan kerajaan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk […]

» Read more

Hospital Bersepadu MAEPS Mula Beroperasi 24 Jan Depan – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga, empat dan lima untuk distabilkan sebelum mereka dihantar mendapatkan rawatan rapi ke hospital. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata strategi itu bertujuan merawat kes-kes pesakit COVID-19 dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah […]

» Read more

COVID-19 : 4,029 Kes Baharu, Angka HarianTertinggi Setakat Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Malaysia mencatat 4,029 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini, angka harian tertinggi sepanjang pandemik itu melanda negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata jumlah itu melibatkan 4,021 kes tempatan dan lapan kes import sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 155,095. “Bagi kes penularan dalam negara, 2,711 kes melibatkan warganegara Malaysia manakala […]

» Read more

PKPB  Selama 14 hari Di Sarawak Mulai Isnin Ini – Unggah

KUCHING, 16 Jan – Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri itu selama 14 hari bermula Isnin ini hingga 31 Jan. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata keputusan itu dibuat susulan peningkatan kes positif COVID-19 di negeri tersebut sejak beberapa hari lepas. Beliau berkata arahan PKPB itu […]

» Read more

Hentikan Polemik Politik : Fokus Bela Dan Bantu Rakyat

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO berpendirian, UMNO harus menjadikan mantra ‘Tradisi Membela Rakyat’ sebagai teras perjuangannya ketika ini. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi menerusi facebooknya berkata kepimpinan UMNO sama ada di dalam mahupun di luar pentadbiran kerajaan mesti berusaha menuntut bagi pihak rakyat perkara-perkara yang menyentuh kebajikan mereka. Antaranya menurut beliau mempermudahkan pengeluaran i-Sinar KWSP tanpa syarat […]

» Read more

Peniaga Boleh Pohon Surat Kebenaran Perjalanan Sekali Sahaja – Polis Kelantan

KOTA BHARU, 16 Jan – Penduduk di Kelantan yang bekerja sendiri atau pekerja harian tiada majikan, kini dibolehkan memohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja di balai polis berhampiran, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat. Beliau berkata, pihaknya boleh mengeluarkan surat kebenaran perjalanan bertarikh dari awal hingga berakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini hingga 26 Jan ini, […]

» Read more
1 1,341 1,342 1,343 1,344 1,345 1,939