Bendera Putih Atau Merah…Pupuk Semangat Saling Membantu, Beri Impak Positif – Pemuda UMNO Sabah

KUALA LUMPUR, 4 Julai – Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain berkata kempen bendera putih mahu pun merah sebenarnya mengingatkan kepada sikap saling bantu membantu di kalangan masyarakat khususnya pemimpin dalam usaha membantu rakyat yang memerlukan. Namun jelas beliau usaha pihak-pihak tertentu yang turut mewar-warkan kempen bendera hitam merupakan pendekatan negatif yang tidak membawa impak sama sekali. “Saya […]

» Read more

Rakyat Terus Menderita, Penularan COVID-19 Bukan Turun Tapi Makin Berganda – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa rakyat terus menderita, dalam kesusahan dan kesengsaraan disebabkan penularan COVID-19 bukan semakin turun sebaliknya semakin berganda. Beliau berkata demikian berikutan terkini (3 Julai 2021) 6,658 kes baharu dilaporkan, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 66,958 kes menjadikan jumlah kes positif 772,607. “Keadaan ini menimbulkan persoalan […]

» Read more

Aktiviti Penanaman Padi Di Kawasan PKPD Dibenarkan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 3 Julai – Aktiviti penanaman padi di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibenarkan bagi mengelak masalah kekurangan bekalan beras dalam negara. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bagaimanapun petani yang mengusahakan sawah padi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan untuk mengelak jangkitan COVID-19. “Dengan kebenaran ini, kelangsungan rantaian bekalan […]

» Read more

Wajar Pertimbangkan Moratorium Pinjaman Perumahan LPPSA – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 3 Julai –  Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia banyak menerima maklum balas berupa rintihan dan keresahan penjawat awam yang kebanyakannya kumpulan sokongan. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata mereka mengharapkan agar moratorium bayaran balik pinjaman dapat dipanjangkan pelaksanaannya untuk pinjaman perumahan Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA). “Rata-rata mengeluh walaupun mengakui akan gaji dan emolumen mereka tidak terjejas, […]

» Read more

COVID: 6,658 Kes Baharu, Selangor Kekal Tertinggi 3,047 Kes

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Sebanyak 6,658 kes baharu COVID-19 direkodkan di dalam negara hari ini, menurun sedikit berbanding 6,982 kes dicatatkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 3,047 kes diikuti Negeri Sembilan (699); Kuala Lumpur (616); Johor (414); Sarawak (361); Melaka (345); dan Sabah […]

» Read more

Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang Dan Perak Beralih Ke Fasa Dua PPN

Ismail sabri

PUTRAJAYA, 3Julai –  Perlis, Kelantan, Perak, Pahang dan  Terengganu beralih ke Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Isnin ini. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat berdasarkan nilai ambang di negeri-negeri berkenaan yang telah berjaya dicapai. Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media bersama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini hari ini. Tiga […]

» Read more

Pengusaha Kantin Sekolah Kena Bayar Sewa Tapi Sekolah Lama Sudah Ditutup – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Kerajaan sepatutnya tonjolkan sikap prihatin supaya menjadi contoh yang terbaik untuk diteladani, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana katanya,  walaupun sekolah ditutup  sebaliknya pengusaha kantin sekolah tetap dituntut bayar sewa kantin. Jelas beliau, masih perlu bayar sewa antara RM1,200 sehingga RM4,000 sebulan. “Diberi notis peringatan kutipan sewa sedangkan sekolah sudah […]

» Read more

Malaysia Terima Lebih 12 Juta Dos Vaksin Bulan Ini, Tempoh Mencabar Laksana PICK

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Malaysia bakal menerima lebih 12 juta dos vaksin COVID-19  bulan ini, sekali gus menjadikan tempoh tiga bulan akan datang sebagai kritikal dan mencabar dalam menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin berkata dengan penerimaam jumlah besar bekalan vaksin itu, kapasiti pemberian vaksin akan turut dipertingkatkan di seluruh negara, bermula Julai ini. […]

» Read more

Operasi Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Dibenarkan Dalam Fasa Satu PPN – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Pengoperasian Pejabat Pesuruhjaya Sumpah dibenarkan sepanjang tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata perkara itu diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas mengambil kira pejabat itu memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terutama kepada […]

» Read more

Jumlah 30 Atlet Ke Olimpik Tokyo Pencapaian Memuaskan – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 2 Julai- Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan jumlah 30 atlet negara yang disenaraikan ke Sukan Olimpik Tokyo yang dijadual bermula dari 23 Julai hingga 8 Ogos ini sebagai satu pencapaian memuaskan. Reezal Merican berkata beliau berpuas hati dengan jumlah atlet itu kerana mencapai sasaran ditetapkan, selain masih dalam lingkungan angka 30 dan […]

» Read more
1 1,210 1,211 1,212 1,213 1,214 1,914