PRN Sarawak: Kempen Fizikal Hanya Di 64 Kawasan Tiada Capaian Internet Tinggi

KUCHING, 5 Dis – Penganjuran ceramah atau syarahan secara fizikal sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, hanya dibenarkan di 64 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak mempunyai capaian Internet yang tinggi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi laman sesawang rasmi memaklumkan antara kawasan itu adalah Opar, Bukit Sari, Gedong, Dalat, Simunjan, Ba’Kelalan, Marudi, Saribas, Asajaya serta Tanjong […]

» Read more

PRN Sarawak Bermula Dengan Penamaan Calon Esok

KUCHING, 5 Dis – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 bermula esok dengan proses penamaan calon di 82 pusat penamaan calon (PPC) seluruh negeri bermula pukul 9 pagi. Tidak seperti sebelum ini, PRN ke-12 ini diadakan dalam suasana berbeza susulan pandemik COVID-19 iaitu setakat ini hanya Sarawak dan Kelantan masih berada di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara, manakala negeri-negeri lain […]

» Read more

Liputan Internet 4G Di Sarawak Capai Tahap 92 Peratus Menjelang 2022

KUCHING, 5 Dis – Capaian liputan internet 4G di seluruh Sarawak akan meningkat ke tahap 92 peratus menjelang 2022 selepas selesainya pelaksanaan fasa 1 Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Annuar Musa. Tahun depan, katanya, Sarawak akan menerima liputan internet 4G yang hampir sama dengan semua negeri di seluruh negara apabila kerajaan mempercepat […]

» Read more

Johor Bangun Pasar Borong Digital Pasar Produk Agromakanan Tempatan Dalam Talian

JOHOR BAHRU, 5 Dis – Kerajaan Negeri Johor akan membangunkan Pasar Borong Digital tahun depan bagi menghimpunkan semua produk agromakanan hasil keluaran pengusaha tempatan untuk dipasarkan secara dalam talian. Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata platform dalam talian hasil kerjasama antara kerajaan negeri melalui Johor Corporation (JCorp) dengan beberapa syarikat swasta itu bukan sahaja akan memenuhi keperluan permintaan pengguna tempatan […]

» Read more

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Sabbaruddin Chik

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik yang meninggal dunia semalam. Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Sabbaruddin dan […]

» Read more

UMNO Mungkiri Piagam MN? Satu Pandangan Tersasar – Mohamad

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tanpa terkurang rasa hormatnya kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang, beliau menegaskan bahawa pandangan Presiden PAS itu bahawa UMNO telah memungkiri piagam Muafakat Nasional (MN) adalah tersasar sebenarnya. Tegas Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), UMNO tidak pernah mungkir pada piagam MN. “Kepada rakan-rakan dalam […]

» Read more

Parti Dominan Tidak Lagi Sesuai? Muhyiddin Semakin Keliru Dan Lupa – Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin nampaknya semakin keliru semenjak tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan tewasnya Perikatan Nasional (PN) di Melaka, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Tegasnya, masakan boleh diterima hujah Muhyiddin bahawa sistem parti politik yang dominan itu tidak lagi sesuai yang mana katanya ia merbahaya kerana pemusatan kuasa […]

» Read more

PPBM Jangan Hipokrit… ‘Scheme of Things’ Itu Apa?

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kenyataan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa sistem ‘parti politik dominan’ punca berleluasanya rasuah adalah satu kenyataan hipokrit dan orang kecewa semata-mata. Tegas Dr Puad, hujah Muhyiddin itu amat cetek kerana rasuah boleh berlaku dalam apa sahaja keadaan. “Siapa sangka tender terhad […]

» Read more

Jangan ‘Over Confident’ Kejayaan Semasa – Shahril

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Ahli-ahli parti diingatkan agar tidak ‘over confident’ dengan kebangkitan UMNO dalam mendepani cabaran semasa hari ini sebaliknya terus istiqamah kerana kebangkitan hari ini belum lagi selesai. Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata kemenangan yang dicapai dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini perlu disusuli dengan penghayatan kepada aspek […]

» Read more

Pemergian Sabbaruddin Chik Satu Kehilangan Besar – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 4 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pemergian Tan Sri Sabbaruddin Chik sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja buat dirinya tetapi juga buat negara. “Sedih dan duka apabila menerima perkhabaran, seorang sifu dan mentor politik saya, Tan Sri Sabbaruddin Chik telah meninggal dunia meninggalkan kita semua selama-lamanya. Allahyarham adalah episod penting bagi sejarah perjuangan […]

» Read more
1 1,088 1,089 1,090 1,091 1,092 1,937