Kerajaan Wajar Ambil Tindakan Tegas Dan Serius Dalam Kawal Data Sensitif – Shamshulkahar

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli berpandangan sudah tiba masanya untuk kerajaan mengambil tindakan tegas dan serius dalam mengawal data sensitif. Menurut beliau ia penting bagi memastikan ia tidak mudah dibocorkan dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, katanya ketika membahaskan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Perkongsian Data 2024. “Merujuk seksyen 5 iaitu keanggotaan Jawatankuasa […]

» Baca lanjut

Pelaku Pencemaran Perlu Tanggung Kos Pulih Sistem Bekalan Air Tindakan Tepat – Mohd Isam

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa menyokong penuh hasrat Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) agar pihak yang melakukan pencemaran perlu membayar kos pemulihan sistem bekalan air terjejas akibat pencemaran. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Tampin berkata ini kerana sekiranya langkah tersebut tidak dilakukan, pemegang lesen terpaksa menanggung kerugian yang besar […]

» Baca lanjut

Pencemaran Air Tidak Berkesudahan… Pindaan Tambah Baik Akta Amat Bertepatan

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan berpandangan industri air terus menghadapi pelbagai isu dan cabaran terutama berkaitan pencemaran yang disifatkannya sebagai tidak berkesudahan. Menurut beliau ini kerana sehingga ke hari ini, Malaysia masih berdepan dengan polemik isu gangguan bekalan air bersih yang kerap berlaku akibat pencemaran sehingga menjejaskan rutin harian jutaan pengguna. “Hari […]

» Baca lanjut

KPWKM Pertimbang Cadangan Pengasuh Bergerak, Utama Keselamatan Kanak-kanak

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyedari beberapa keperluan baharu termasuk perkhidmatan penjagaan kanak-kanak iaitu pengasuh bergerak. Timbalannya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata langkah tersebut masih lagi dalam pertimbangan, namun ia dilihat antara langkah terbaik untuk memastikan keselamatan kanak-kanak diutamakan. “Kementerian memang tengah meneroka satu konsep baru iaitu pengasuh bergerak berdasarkan permintaan dan […]

» Baca lanjut

Kewangan Islam Dan Hala Tuju Industri Halal di Malaysia Terus Diperkasakan

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan Dan Ekonomi (JKPK), Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata pembentangan penyata dan sesi penerangan semalam, merupakan inisiatif yang diharapkan dapat membantu memperkasakan perkembangan kewangan Islam dan hala tuju industri Halal di Malaysia, seterusnya meningkatkan daya saing negara pada peringkat antarabangsa. Menurut beliau dalam usaha untuk terus memacu hala tuju industri Halal […]

» Baca lanjut

Kerajaan Tiada Hasrat Perkenal TVET Kepada Lepasan Darjah 6 – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Kerajaan buat masa ini tidak berhasrat untuk memperkenalkan program Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada pelajar lepasan Darjah 6, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi […]

» Baca lanjut

RUU Keselamatan Dalam Talian 2024 Komitmen Lindungi Rakyat – Azalina

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian 2024 bukan sekadar ‘a mere piece of paper’, tetapi satu komitmen bersama untuk melindungi setiap rakyat Malaysia daripada ancaman siber. Menurut beliau ianya adalah bertujuan untuk menegakkan keadilan, mengukuhkan akauntabiliti, dan memastikan bahawa teknologi digunakan […]

» Baca lanjut

Akta Keselamatan Dalam Talian 2024 Tingkat Soal Keselamatan – Shamsulkahar

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berpandangan Akta Keselamatan dalam Talian 2024 adalah bertujuan untuk meningkatkan dan mengalakkan keselamatan dalam talian dengan mengawal selia kandungan memudaratkan. Katanya, ini adalah usaha yang wajar dalam meletakkan akauntabiliti dan tanggungjawab kepada syarikat pemberi perkhidmatan aplikasi dan kandungan atas talian supaya memantau sebarang kandungan memudaratkan. Jelasnya, merujuk Seksyen […]

» Baca lanjut

Polis Sentiasa Pantau, Jalankan Operasi Kekang Kegiatan Judi Dalam Talian – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau dan menjalankan operasi secara terancang dan berterusan dalam menangani masalah judi dalam talian (online). Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata bagi tahun 2022, sebanyak 888 serbuan berjaya dilaksanakan oleh pihak PDRM melalui ‘OP DADU’ di Melaka yang melibatkan tangkapan seramai […]

» Baca lanjut

Dasar Kerajaan Lebih Insani, Tidak Halang Pendaftaran Pengajian Atas Faktor Kemiskinan – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan bertindak lebih proaktif dan lebih insani sifatnya bagi memastikan pembayaran yuran kemasukan pengajian dan tidak menghalang pendaftaran mereka disebabkan oleh faktor kemiskinan. Menurut beliau dasar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan juga dasar Kerajaan Madani adalah untuk membantu golongan pelajar daripada kalangan B40 dan mereka […]

» Baca lanjut
1 7 8 9 10 11 41