Menyampaikan Sumbangan

MELAKA 23 Mac–Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan sumbangan makanan kering kepada Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kassim Karim di sini hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali. Foto–FB Ab Rauf Yusoh

» Read more

Serah Sumbangan

KUALA LUMPUR 23 Mac–Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan bungkusan makanan serta minuman kepada Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM untuk diagihkan kepada anggota-anggota ATM yang terlibat dalam tugas bantuan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wisma Pertahanan. Sumbangan ini adalah daripada beberapa syarikat korporat kepada pihak Kementerian Pertahanan sebagai […]

» Read more

Sumbangan Khas

JOHOR BAHRU 22 Mac–Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad menyampaikan sumbangan berupa topeng muka yang diserahkan kepada Angkatan Pertahanan Awam sebagai penyelaras mewakili agensi yang berkaitan demi keselamatan mereka dalam menangani penularan wabak COVID-19 di sini hari ini. Foto–FB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad

» Read more

Menerima Sumbangan Krisis COVID-19

JOHOR BAHRU 22 Mac–Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad menerima sumbangan RM 1 juta untuk Tabung Bencana Negeri Johor daripada kumpulan Ranhill bagi menangani krisis COVID-19 yang melanda Negeri Johor. Sumbangan diserahkan oleh Ketua Pegawai Korporat Ranhill Datuk Ir Mustaza Salim. Turut hadir bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Ranhill SAJ Sr Nor Ifuan Md Nor. Foto–FB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad

» Read more

Turun Padang

KUANTAN 22 Mac–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turun padang bersama-sama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pahang dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak #COVID19 di sini hari ini. Foto–FB Wan Rosdy Wan Ismail

» Read more

Menyampaikan Sumbangan

KOTA BAHRU 23 Mac–Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan menyampaikan sumbangan kepada Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu yang diwakili oleh Pengarah Jabatan Kesihatan  Negeri Kelantan Datuk Dr. Zaini Hussin di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II Datuk Dr. Selasawati Ghazali dan […]

» Read more
1 1,611 1,612 1,613 1,614 1,615 2,019