Category: Berita Bergambar
Kesiapsiagaan Kerajaan Hadapi COVID-19
KUALA LUMPUR 30 MAC — Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba memberi penerangan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika meninjau kerja-kerja akhir penyediaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini.Penyediaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS, adalah salah satu langkah kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi penularan […]
» Read moreHargai Petugas ‘Frontliner’
KUALA LUMPUR 30 MAC — Ketua Pergerakan Puteri UMNO bersama sebahagian Exco Puteri membuat persiapan dalam usaha menyumbang 500 bungkus makanan kepada petugas frontliner di HKL dan PPUM hari ini.- Foto : MediaUMNO
» Read morePerbincangan Ringkas
PUTRAJAYA, 29 Mac — Menteri Kesihatan Dato’ Seri Dr Adham Baba di dalam perbincangan selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Turut hadir adalah beberapa menteri kabinet termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Fadillah Yusof.
» Read moreKita Kerja Berpasukan
PUTRAJAYA, 29 Mac — Menteri Kesihatan Dato’ Seri Dr Adham Baba di dalam Sesi taklimat awal pagi ini di pejabat bersama ‘team’ CPRC. Taklimat diberikan oleh Datuk Dr. Hj. Rohaizat Bin Hj. Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Dr. Hishamshah Bin Mohd Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal ) dan Dr. Norhayati Binti Rusli, Pengarah Kawalan Penyakit.
» Read moreKepada Pasukan Barisan Hadapan… Jasa Anda Akan Dikenang
MELAKA, 29 Mac — Menteri Kesihatan Dato’ Seri Dr Adham Baba membuat lawatan melihat keadaan semasa ‘frontliners’ yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Melaka lewat malam tadi.
» Read moreRondaan Sekitar Sekatan Jalan
LENGGONG, 28 Mac — Menteri Tenaga Dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah melawat kawasan sekatan jalan Perintah Kawalan Pergerakan di Lenggong menghala ke Gerik.
» Read moreRondaan Sekitar Lokasi Sekatan Jalan Raya
MELAKA, 28 Mac — Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali membuat rondaan dan bertanya khabar dengan petugas barisan hadapan (frontliner) PDRM, ATM dan RELA yang mengadakan sekatan jalan raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tiga lokasi iaitu di Pulau Sebang, Alor Gajah, berhampiran Kompleks Seri Negeri, Melaka Tengah serta berhampiran MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin, sebentar tadi.
» Read moreMelihat Persiapan Pusat Kuarantin & Rawatan Covid Berisiko Rendah
SERDANG, 28 Mac — Menteri Kesihatan Datuk Dr Adham Baba meninjau persiapan penyediaan Pusat Kuarantin & Rawatan Covid Berisiko Rendah (PRCBR) di MAEPS, Serdang petang tadi. Turut kelihatan Datuk Dr. Hj. Rohaizat Bin Hj. Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan Dr. Norhayati Binti Rusli, Pengarah Kawalan Penyakit.
» Read moreBantuan Keperluan Asas
PADANG TERAP, 28 Mac — Naib Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid meninjau persiapan pek bantuan barangan keperluan asas yang akan disalurkan kepada penduduk-penduduk di Parlimen Padang Terap.Foto–FB Mahdzir Khalid
» Read more