Tanamkan Nilai Hargai, Hormati Pejuang Lama Dalam UMNO – Hazulizah

SANDAKAN, 7 April – Generasi muda seharusnya tidak melupakan nilai ‘menghargai dan menghormati’ pemimpin kini dan terdahulu dalam memastikan negara terus berada di hadapan. Ketua Penerangan Wanita UMNO Sabah Hazulizah Md Dani berkata, sekiranya tiada nilai itu, ia menunjukkan seolah-olah anak muda tidak pandai berterima kasih dan menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh pemimpin terdahulu yang mengangkat martabat UMNO sebagai […]

» Read more

Jangan Lupa Keselamatan Diri, Keluarga Dalam Keterujaan Sambut Aidilfitri – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 6 April – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menjaga keselamatan diri serta ahli keluarga terutama ketika perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing. Dalam hantaran di Facebook hari ini, Ahmad Zahid mengingatkan rakyat untuk memastikan segala persiapan seperti penyelenggaraan kenderaan dan perancangan […]

» Read more

Kerjasama Erat Dengan Pusat Penting, Pastikan Perancangan Negeri Di Landasan Tepat – Onn Hafiz

KUALA LUMPUR, 5 April – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerjasama yang erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah satu eleman yang cukup penting. Dalam satu hantaran di laman akaun X, Onn Hafiz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor berkata ia bagi memastikan segala perancangan berada di landasan yang tepat. “Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan […]

» Read more

Ahmad Zahid Yakin KEDA Capai Objektif Bantu Rakyat Kedah

PENDANG, 24 Mac – Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata projek yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dilihat mampu mencapai objektif mengeluarkan peserta daripada kelompok miskin tegar. Ujar Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, sejak KEDA ditubuhkan pada 1981, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan lebih kurang RM2.31 […]

» Read more

PRN Sabah: Keputusan Kerjasama BN Diputuskan Ibu Pejabat – Mohamad

REMBAU, 24 Mac – Keputusan sama ada Barisan Nasional (BN) bertanding secara sendirian atau bekerjasama dengan parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan diputuskan di peringkat pusat, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata setakat ini tiada sebarang keputusan mengenai perkara itu dibuat dan BN Sabah perlu mengemukakan cadangan kepada kepimpinan pusat jika mahu […]

» Read more

Realisasikan MA63 Bagi Pacu Proses Pembangunan Lebih Mampan Di Sabah – Noraini

KOTA KINABALU, 24 Mac – Terma Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu direalisasikan bagi memastikan segala hak dan tuntutan Sabah dapat ditunaikan dan ini membolehkan Sabah akan mendapat lebih banyak peruntukan kewangan dari kerajaan pusat untuk memacu proses pembangunan yang mampan di Sabah. Menurut Senator Datuk Noraini Idris, jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, Sabah agak jauh ketinggalan dalam aspek pembangunan terutamanya […]

» Read more

UMNO Perak Gesa Isu Stokin Tertera Kalimah Allah Diselesaikan Segera

IPOH, 23 Mac – Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang bertitah menzahirkan dukacita berhubung penjualan stoking bertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart dan mahu tindakan ‘sekeras-kerasnya’ diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah berdasarkan siasatan pihak berkuasa. Menurut Pengerusinya, Datuk […]

» Read more

Pembangunan Modal Insan Antara Tumpuan UMNO Putatan – Jeffrey

PUTATAN, 16 Mac – Pembangunan modal insan selain soal pendidikan untuk masyarakat di kawasan Parlimen Putatan merupakan antara perkara yang menjadi tumpuan oleh UMNO bahagian Putatan. Ketuanya Jeffery Nor Mohamed berkata, UMNO bahagian itu sentiasa menyokong aktiviti yang dijalankan sekolah yang merupakan komitmen dan tanggungjawab bersama membangunkan pendidikan anak-anak khususnya di kawasan tersebut. Katanya, melalui penglibatan tersebut keperluan tambahan dan […]

» Read more

Kerajaan Negeri Diminta Noktahkan Kemiskinan Tegar Lapan Daerah Di Sabah

KOTA KINABALU, 15 Mac – Kerajaan negeri perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi mengeluarkan lapan daerah di Sabah yang kini berada dalam garis kemiskinan. Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, langkah yang lebih konkrit dan bersepadu perlu dilakukan oleh kerajaan negeri bagi menoktahkan lapan daerah iaitu Tongod, Beluran, Pitas, Kinabatangan, Kota Marudu, Ranau, Lahad Datu dan termasuk […]

» Read more

Dasar TVET Negara Sediakan Tenaga Kerja Bidang Berketerampilan Pasaran Negara

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Dasar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara yang akan dilancarkan pada Jun ini, mempunyai matlamat penting untuk menyediakan tenaga kerja berketerampilan bagi keperluan pasaran tenaga negara dalam bidang teknologi baharu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan dasar itu yang memperlihatkan pelan hala tuju hingga 2050, sebagai dasar yang komprehensif kerana […]

» Read more
1 2 3 4 473