Tun M Terlalu Banyak Menipu Rakyat – Anina

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Presiden Empirical Malaysia, Anina Saaduddin mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) terlalu banyak menipu rakyat.

Soal beliau, kenapa apabila berkuasa, Tun M tidak mendakwa mantan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atas isu RM2.6 billion?

“Saya temui banyak bukti tentang pembohongan Tun M apabila Tun M sendiri pada tahun 2000 telah meletakkan harta UMNO atas nama peribadi beliau dan Tan Sri Muhyiddin Yassin akui dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 19 September 2015 (sebelum dipecat dari UMNO) bahawa Dana Khas Presiden membenarkan Presiden parti menyimpan dana politik atas nama peribadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Tun M, Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberi justifikasi kegagalannya di mahkamah dalam tuntusan saman ke atas najib kerana Perdana Menteri menguasai sistem kehakiman.

“Rupa-rupanya ramai yang fikir saya menentang PPBM kerana saya dibuang oleh parti. Sebenarnya, saya telah umumkan keluar PPBM pada 16 September 2017 setelah saya yakin 100 peratus Tun M telah terlalu banyak menipu rakyat.

“Saya adalah ahli UMNO yang menyaman Najib pada 25 Ogos 2015 atas dakwaan memasukkan dana politik RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi. Saya telah kalah dalam kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur, malah saya turut kalah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

“Saya dedahkan isu kes syarikat Realmild milik UMNO yang memiliki MRCB, TV3 dan NST pada April 2018.”

Katanya, ketika pendedahan itu dibuat, A Kadir Jasin turut dikaitkan sebagai dalang atau kroni Tun M yang membeli 30 peratus saham Realmild dan kemudian menjualkannya.

“A Kadir Jasin beritahu saya semua hasil keuntungan penjualan tersebut telah diserahkan kepada UMNO, namun A Kadir Jasin gagal buktikan sebarang dokumen bahawa wang tersebut diserahkan kepada UMNO. Atau mungkinkah wang beratus juta ringgit itu digunakan untuk pilihan raya sebagaimana yang disimpan oleh Najib yang digembar gemburkan bernilai RM 116 juta sejurus BN kalah PRU14?

“Syukur alhamdulillah akhirnya saya berjaya buktikan bahawa saya tidak pernah salah untuk keluar dari parti yang ditubuhkan semata-mata atas niat fitnah dan dendam, yakni PPBM,” tegas beliau lagi. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.