Barisan MT Dan Pengerusi BPUN Mampu Kembalikan Keyakinan Rakyat – Wanita UMNO
KUALA LUMPUR, 14 Julai – Wanita UMNO menyambut baik pengumuman Presiden parti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam perlantikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri hari ini.
Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata
Wanita UMNO menaruh harapan yang tinggi agar amanah yang telah diberikan ini akan dilaksanakan sebaik mungkin dalam perjuangan mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN.
“Wanita UMNO bersedia sepenuhnya untuk bekerja bersama-sama dengan semua pemimpin yang telah dipilih dan dilantik dalam menjayakan kebangkitan UMNO demi rakyat Malaysia.”
Beliau berkata demikian dalam kenyataan media sebagai reaksi berkenaan perlantikan Ahli MT UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. – MediaUMNO