Mersing Kekal Milik UMNO, Tegas Zahid

KUALA LUMPUR, 9 Julai – “Minta maaf ke, salah tafsir ke, kerusi Mersing kekal milik UMNO.

“UMNO kekal relevan,” demikian ciapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Twitternya.

Hantaran di media sosial Zahid itu sebagai respon terhadap kenyataan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad  yang juga Ahli Parlimen Mersing yang membuat kenyataan dalam sebuah forum terbuka dan video itu juga dikongsi di media sosial yang berkata UMNO di Sabah tidak lagi laku dan ramai ahlinya yang telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Abd Latiff adalah antara Ahli Parlimen dari UMNO yang menang atas tiket Barisan Nasional (BN) namun menyertai PPBM selepas BN tewas dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 lalu.

Meskipun Abd Latiff semalam mengakui kesilapannya dan memohon maaf atas kenyataannya yang disifatkan telah disalah anggap namun ia tidak cukup untuk meredakan keadaan.

Sebaliknya ramai di kalangan pemimpin UMNO yang bukan sahaja mahu beliau memohon maaf secara terbuka malah mengingatkan Abd Latif bahawa Parlimen Mersing yang dimenanginya dalam PRU14 lalu adalah kubu kuat UMNO. – UMNO ONLINE

 

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit