Sepatutnya Kit Siang Salahkan Kerajaan PH, DOJ Gagal Tangkap Jho Low

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang menyalahkan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai punca Jho Low melepaskan diri ke luar negara.

Bidasnya, ini adalah melampau dan cuba mensensasikan lagi isu 1MDB.

“Kenapa Najib mahu dipersalahkan? Kalau mereka ada bukti kukuh apakah tempoh dua bulan setelah berkuasa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak cukup masa untuk meminta Polis Hong Kong menangkap Jho Low.

“Kalau Kerajaan PH boleh dengan serta merta memecat Peguam Negara dan lain lain tindakan kontroversial maka tidak ada sebab mereka tidak boleh bertindak pantas untuk meminta pertolongan polis Hong Kong,” katanya dalam kenyataan yang dipetik melalui laman facebooknya.

Sebab itu katanya, pendakwaan terhadap Najib yang hanya berkaitan dengan isu SRC telah menimbulkan tanda tanya.

“Apa jadi dengan isu RM2.6 Bilion dan 1MDB yang menjadi senjata PH memfitnah UMNO dan Najib untuk dapat kuasa?

“SPRM sendiri nampak tergesa gesa mendakwa Najib sehingga memalukan Peguam Negara kerana gagal menyediakan dokumen pertuduhan kepada pihak Peguambela.”

Tegas beliau, sepatutnya Kit Siang menyalahkan DOJ Amerika kerana lambat bertindak untuk meminta Polis Hong Kong menangkap Jho Low kerana DOJ Amerika secara terang menyebut nama Jho Low sebagai orang yang dituduh.

“Kit Siang juga patut mengecam DOJ Amerika kerana hingga kehari ini masih belum mendakwa Jho Low.

“Dan kalau Lim Kit Siang bermaruah dia patut mendesak supaya perbicaraan kes rasuah anaknya Lim Guan Eng disambung segera dan dan mendesak anaknya itu meletak jawatan Menteri Kewangan kerana dia seorang suspek perasuah yang sedang dibicara,”

Baru-baru ini, Kit Siang mendakwa kononnya Najib punca Jho Low dapat melepaskan diri daripada ditangkap oleh polis Hong Kong. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.