PENJANA Inisiatif Ekonomi Terbaik… Sama Seperti Yang Dilakukan Kerajaan BN – Dr Masliha

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun tidak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) yang memberikan pelbagai langkah-langkah di dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk merangsangkan ekonomi rakyat Malaysia dengan jelas dan teratur kerana sudah biasa dengan aturan rangsangan ekonomi sebegitu semasa zaman Barisan Nasional (BN).

Katanya, pelbagai insentif yang telah diumumkan seperti memperbanyakkan geran dan ansuran mudah serta pengecualian cukai-cukai yang banyak akan memberi rangsangan yang baik kepada ekonomi negara.

“Rakyat Malaysia perlu tahu beginilah cara DSN (Datuk Seri Najib) lonjakkan ekonomi Malaysia pada zaman kita mengalami krisis kewangan pada tahun 2008 ketika itu.

“Hari ini TSMY sekali lagi membuat pelan perancangan sedemikian yang dah tentu akan memberikan pulangan yang sangat baik untuk Malaysia.

“Satu langkah paling baik apabila kerajaan dapat mengecualikan cukai untuk pelabur yang ingin membuka ‘business’ melabur di Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dr Masliha merasa bangga apabila dapat melihat Perdana Menteri membuat polisi yang bagus sebegitu kerana apabila berhadapan dengan masalah COVID-19, Malaysia dapat menguruskan dengan baik maka pelabur mesti merasakan negara adalah tempat yang baik untuk menjalankan perniagaan dan membuat perlaburan.

“Ini berlaku apabila dalam keadaan ekonomi meleset, apa yang kerajaan boleh buat untuk mengatasi situasi ini adalah dengan mengurangkan kadar cukai bagi meningkatkan permintaan dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Inilah yang dipanggil ‘expansionary fiscal policy’.

“Nak beli rumah dan nak beli kereta juga akan diberikan banyak kemudahan serta ‘time’ inilah kita nak kumpul aset bila ‘interest’ bank rendah dan apabila ekonomi kita berada dalam keadaan begini (bagi orang yang mempunyai lebihan wang untuk melabur atau mengumpul aset). Ini juga dipanggil salah satu dari rangsangan fiskal polisi tersebut,” tambahnya.

Seterusnya, Dr Masliha berpendapat pengurusan Muhyiddin dan bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad jauh berbeza bagai langit dan bumi.

“Insya-Allah dengan sedikit masa lagi ekonomi Malaysia akan kembali rancak dan kita tahu sebab itulah menjadi pembangkang pada saat ini amat-amat simpati kepada mereka kerana pengurusan mereka dan pengurusan kini (Perikatan Nasional) sangat jauh berbeza.

“Harap rakyat boleh sedar akan langkah-langkah yang baik ini dan ambillah iktibar serta rasailah pakej-pakej rangsangan ini serta gunalah sebaik mungkin saat ini.

“Insya-Allah apabila keadaan ekonomi kita kembali rancak barulah kehidupan kita akan kembali pulih seperti sediakala,” katanya.

Begitu juga, Dr Masliha berharap pihak pembangkang perlu sedar bahawa misi menaikkan ekonomi Malaysia dan status rakyat Malaysia yang terkesan selepas COVID-19 ini adalah suatu misi yang amat penting terlebih dahulu sebelum berangan hendak membuat protes.

“Protes boleh digalakkan dan dibuat secepat mungkin sekiranya kerajaan tidak ‘perform’ dan menipu rakyat selain dari itu simpan jerla cita-cita anda okay. Pesanan khas dari Sis.

“Kepada Lim Guan Eng lain kali ingat bila kita pegang portfolio kewangan tu sila fikir cara nak cari ‘revenue bukan buat polisi ‘ikat perut’ (kewangan) cara ‘Atuk’ yang boleh menyeksakan rakyat. Ingatlah RM30 tak boleh ‘generate’ apa-apa ‘revenue’ untuk kerajaan,” bidasnya.

Dr Masliha juga mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin kerana tahu beliau adalah mantan Timbalan Perdana Menteri kepada Najib dan segala polisi-polisi ini sudah dirasai sendiri pada tahun 2008-2009.

“Kisah benar dan fakta. Insya-Allah kita di landasan yang baik setakat hari ini.

“Bersyukur kita PM kita juga mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi (UM) dan Menteri Kewangan kita sijil original,” ujarnya. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit