Guru Ibarat Lilin Yang Akan Menerangi Masa Depan, Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu – Norshida
KUALA LUMPUR, 16 Mei – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Norshida Ibrahim berkata hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan menghargai pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak bangsa.
Katanya, tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
“Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat.
“Satu perumpamaan yang saban tahun dipergunakan sebagai lambang kepada insan yang bergelar Guru,” katanya dalam kenyataan hari ini
Tambah Norshidah lagi, hakikatnya perumpamaan tersebut dikaitkan dengan nilai pengorbanan seorang guru yang sanggup bersengkang mata dan menabur keringat demi untuk memberikan ilmu dan pengajaran kepada seseorang agar berjaya dalam kehidupan.
“Gelaran guru atau panggilan cikgu mahupun ustaz dipakai di mana jua seorang guru itu berada meskipun berada di mana jua.
“Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang.
“Saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada warga pendidik di seluruh Malaysia dan juga kepada guru-guru yang bersusah payah mengajar saya semasa di zaman persekolahan….tema hari guru pada tahun ini adalah ‘Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu’, Selamat Hari Guru, Terima kasih Cikgu, ujarnya – UMNO Online.