COVID-19: Senarai Berita Palsu Tular Hari Ini – Pasukan Respon Pantas KKMM

KUALA LUMPUR, 31 Mac – Berikut adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi-agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini.

1. Ketua Polis Daerah Tawau, Sabah menafikan dakwaan satu notis mengenai arahan Ketua Polis Negara (KPN) berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April yang jelas mengandungi mesej tidak benar dan tidak selari sepenuhnya dengan arahan semasa oleh KPN.

2. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan bahawa rakaman video insiden kekecohan di sebuah pasar raya berlaku di Johor walhal sebenarnya ia merupakan rakaman video tentang looting yang berlaku di pasar raya di beberapa bandar di Amerika Syarikat.

3. MKN menafikan dakwaan bahawa selain Foodpanda, GrabFood dan restoran yang sudah mendapat kebenaran, sesiapa yang keluar rumah walaupun dengan alasan menghantar makanan (food delivery) akan didenda RM1,000. – BERNAMA

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit