PRK Tg Piai Peluang Anak Muda Buktikan PH Hanya Kerajaan Sepenggal – Hairi

TANJUNG PIAI 1 Nov – Para pengundi di Tanjung Piai khususnya anak muda harus menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) ini sebagai signal atas kegagalan Pakatan Harapan (PH) sebagai kerajaan hari ini.

Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, anak-anak muda di Tanjung Piai harus membuktikan bahawa kerajaan PH ini telah banyak menipu termasuk kepada anak muda, maka ini adalah jalan terbaik untuk menang.

“Kita mengharapkan khususnya seluruh anak muda di Tanjung Piai ini menunjukkan satu ‘signal’ yang besar kepada kerajaan PH dan ia menjadi medan yang terbaik untuk menukar parlimen.

“Dalam media sosial mengatakan kerajaan PH adalah kerajaan sepenggal, maka anak muda harus buktikan dan tunaikanlah,” katanya kepada UMNO-Online.

Dalam masa yang sama, beliau mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Wee Jeck Seng atas pemilihan menjadi calon BN Pilihan Raya Kecil (PRK) P165 Tanjung Piai.

Hairi menjelaskan mengenai Jeck Seng yang masih berkebolehan, anak tempatan dan masih muda untuk turun ke padang dan berkhidmat untuk masyarakat.

“Ramai pengundi Tanjung Piai mengenali Jeck Seng, dan beliau pernah berkhidmat dan menabur bakti selama dua penggal di Parlimen ini.”

Tambahnya lagi, semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, beliau mengelami kekalahan yang nipis dan ini bukannya menunjukkan satu isyarat yang besar.

“Saya seru kepada orang Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain agar meneruskan sokongan kepada BN.” – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.