Pengurniaan Sumbangan
KOTA BHARU , 4 Jun — Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim sempena Majlis Pengurniaan Sumbangan dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim negeri Kelantan selepas menunaikan sembahyang sunat tarawih di Masjid Al-Mawaddah Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, malam ini.
Seramai 101 anak anak yatim Darulaitam dan 95 pelajar daripada Tahfiz Al-Quran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan menerima duit raya .–fotoBERNAMA