Hari Kelepasan Am Pahang Pada 30 Julai

KUANTAN 30 Mei – Tarikh 30 Julai ditetapkan sebagai hari kelepasan am di negeri ini sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri membuat ketetapan berkenaan berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) Subseksyen 9 (1).

“Pekeliling mengenainya sedang diedarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Dengan ketetapan baharu ini saya berharap semua pihak mengambil maklum dan akur terhadapnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit