Siasat Dakwaan Mafia Korporat Dalam Pentadbiran Kerajaan

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Mohd Kurniawan Naim Moktar menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan mafia korporat dan hubungan politik dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius siri dakwaan dan pendedahan tersebut, khususnya apabila ia membabitkan integriti pentadbiran kerajaan, kepentingan kewangan negara serta kredibiliti institusi penguatkuasaan.

“Pada 20 Oktober 2026, Berita Harian melalui laporan bertajuk mafia korporat ‘jika ada bukti keluarkan, tidak kiralah Azam Baki atau Farhash’ yang telah diucapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Melaporkan pendirian Perdana Menteri yang mencabar pihak berkenaan membukakan bukti, kami menyokong siasatan menyeluruh oleh pasukan petugas khas yang diketuai Peguam Negara dan menggesa hasilnya dimaklumkan kepada umum tertakluk kepada undang-undang bagi menentukan kesahihan dakwaan serta tindakan susulan yang sewajarnya.

“Dakwaan pembayaran RM 9.5 juta kepada Menteri Sumber Manusia. Pada 20 Oktober 2026, Astro Awani melalui laporan ‘Isu Mafia Korporat, Rafizi perlu kemuka bukti dakwaan’. Melaporkan penafian Datuk Seri R. Ramanan terhadap dakwaan penerimaan 9.5 juta ringgit.

“Pada 3 November 2026, The Edge Malaysia menerusi laporan Bernama bertajuk ‘Rafizi gives police statement over allegations involving corporate mafia, RM9.5 million ringgit payment and Azam Baki’.

“Melaporkan Datuk Seri Rafizi Ramli telah memberikan keterangan kepada polis. Kami menggesa PDRM melengkapkan siasatan dan mengambil tindakan berasaskan bukti terhadap sebarang kesalahan yang dikenal pasti,” katanya menerusi satu sidang di Parlimen semalam.

Antara Ahli Parlimen BN yang hadir termasuk Manndzri Nasib (Tenggara), Datuk Suhaimi Nasir (Libaran), Datuk Mond Isam Mohd Isa (Tampin), Datuk Hajah Siti Aminah Aching (Beaufort), Datuk Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah).

Sementara itu beliau menggesa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia menyiasat berkenaan mafia korporat Rafizi yang mengaitkan Mr R dengan bekas pegawai Anuar yang dipetik beliau menerusi laporan MalaysiaKini pada 25 Mac 2026 dan dakwaan potensi kerugian 472 juta ringgit dana awam dalam Zetrix AI.

“Laporan berita itu melaporkan dakwaan berkaitan pengaruh politik dan urusan korporat syarikat NexG. Kami menggesa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia meneliti dakwaan tersebut dan menjelaskan sebarang penemuan yang boleh didedahkan bagi memelihara integriti pasaran modal negara.

“Kemudiannya dakwaan potensi kerugian 472 juta ringgit dana awam dalam Zetrix AI. Pada 20 Oktober 2026, MalaysiaKini melalui laporan ‘Kejatuhan saham Zetrix AI: Rafizi desak PM jelaskan potensi kerugian RM472 juta GLIC’.

“Melaporkan persoalan Rafizi mengenai pelaburan KWSP, KWAP dan urus harta jemaah. Kami menggesa Kementerian Kewangan dan institusi terbabit mendedahkan kedudukan sebenar pegangan saham serta membezakan anggaran kerugian atas kertas daripada kerugian yang telah direalisasikan sekiranya ada,” ujar beliau. – UMNO Online

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO