Menerima Kunjungan Hormat Konsul Kehormat Malaysia Di Bursa

ISTANBUL & Nov–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Konsul Kehormat Malaysia di Bursa Datuk Cevdet Sefe bagi meneroka peluang kerjasama perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan Türkiye.
Antara yang menjadi tumpuan ialah potensi pembangunan hab penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih kapal (MRO), selain kerjasama dalam industri pertahanan, kewangan Islam, teknologi dan industri halal.

